eGumisKewangan dan BantuanMyKad

Semakan Duit Dalam MyKad : Untuk Warga Malaysia

Semakan duit dalam MyKad boleh dilakukan oleh seluruh warga Malaysia sepanjang tahun ini untuk dapatkan manfaat yang disediakan percuma. Inisiatif ini dimulakan untuk memudahkan penerima bantuan kewangan dalam mengakses sumbangan asas Rahmah (SARA) yang disalurkan terus ke MyKad mereka.

SEMAKAN DUIT DALAM MYKAD 2025

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan mykad yang merupakan bantuan tambahan dari program STR. Pemberian sumbangan asas Rahmah ini merupakan usaha kerajaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada rakyat.

Terdapat tiga kadar bayaran bulanan yang ditetapkan, iaitu RM50, RM100, dan RM200. Bantuan ini direka bagi meringankan beban kewangan bagi mereka yang memerlukannya.

Bagi mereka yang merupakan penerima sumbangan tunai Rahmah (STR), semakan status bayaran boleh dibuat secara dalam talian. Proses ini adalah mudah dan sistematik, membolehkan penerima mendapatkan maklumat tentang bantuan kewangan mereka dengan segera.

Pastikan anda mengunjungi laman web rasmi – MySARA 2025 untuk semakan yang tepat dan terkini. Pengkreditan bantuan ini akan dilaksanakan setiap bulan sehingga Disember 2025.

SEMAKAN EGUMIS, DUIT ADA DALAM IC?

Untuk pengetahuan umum, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menyediakan portal egumis sebagai semakan status. Egumis adalah portal untuk rakyat Malaysia membuat semakan sama ada mempunyai wang di masa lalu yang patut diterima tetapi tidak diterima.

Wang Tidak Dituntut (WTD) ini adalah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang 2 tahun. Wang ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti :

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang yang kena dibayar kepada kakitangan pekerja
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
  • Dividen
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan automatik (tempoh telah matang)
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang dikutip telah tercapai
  • Wang yang perlu dibayar berkaitan.

Nota : Ramai individu yang terkejut selepas mengetahui mereka mempunyai wang (WTD) selepas membuat semakan. Jika anda belum semak, semakan secara online boleh dilakukan melalui laman web rasmi – https://egumis.anm.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai kemudahan dan program bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi meringankan beban penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Semakan Duit Dalam MyKad : Untuk Warga Malaysia appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button