KPM Umum Cuti Penggal Pertama : 12 Hari Termasuk Raya Haji
KPM Umum Cuti Penggal pertama – Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh cuti yang akan berlangsung selama 12 hari. Cuti ini merangkumi sambutan Hari Raya Haji, memberi peluang kepada pelajar dan pegawai pendidikan untuk merayakan perayaan tersebut bersama keluarga dan orang tersayang.
PIHAK KPM UMUM CUTI PENGGAL PERTAMA 2025
Untuk makluman, cuti persekolahan ini akan bermula pada penghujung bulan dan dijadualkan berlangsung hampir 2 minggu. Ini pasti menjadi berita baik bagi para pelajar, ibu bapa, dan guru-guru, kerana mereka dapat menjadualkan pelbagai aktiviti dan percutian semasa cuti sekolah.
Pengumuman ini adalah penting bagi perancangan keluarga, agar semua dapat merasai pengalaman yang berharga. Cuti kali ini termasuk sambutan raya aidiladha atau raya korban yang dijangka disambut pada 7 Jun 2025.
Untuk pengetahuan umum, tarikh-tarikh penting cuti penggal 1 yang telah dimaklumkan adalah pada tarikh berikut ;
- Bermula 29 Mei 2025 sehingga 9 Jun 2025.
- Bermula hari khamis hingga hari isnin minggu kedua.
Dalam kalender akademik KPM tahun ini telah membahagikan cuti ini kepada 2 kumpulan seperti di bawah ;
- Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B – Negeri-negeri selain diatas.
Dengan pengumuman ini, semua pihak diharap dapat merancang jadual dan aktiviti sepanjang cuti tersebut. Cuti penggal pertama adalah masa yang tepat untuk beristirahat serta menyambung hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin dan kembali ke sekolah dengan semangat baru selepas cuti. Untuk lebih informasi berkenaan tarikh cuti umum dan cuti sekolah, anda boleh layari laman rasmi – Kalender Akademik KPM 2025
Segala maklumat terkini berkenaan tarikh penting dari kerajaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum. Selamat bercuti semua kepada rakyat yang akan menyambut perayaan aidiladha tidak lama lagi.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program, kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Kepada yang terlepas pandang, kalian boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada – SEMAK DISINI dan berkelayakan untuk memohon.
The post KPM Umum Cuti Penggal Pertama : 12 Hari Termasuk Raya Haji appeared first on Carianterbaru.