Cuti SekolahJadualJadual CutiSekolah 2026

Jadual Cuti Sekolah 2026 (Umum) Kalender Akademik KPM

Jadual Cuti Sekolah 2026 (umum) di dalam kalender takwim akademik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JADUAL SEKOLAH 2026

JADUAL CUTI SEKOLAH 2026

Seperti sedia maklum, takwim sekolah KPM akan kembali berkuatkuasa bermula pada bulan Januari 2026 seluruh negara. Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari tahun hadapan yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadlina Sidek.

Untuk makluman umum, sejak tahun 2020 sesi persekolah telah diubah akibat penularan covid-19. Bermula pada tahun 2026, jadual sesi persekolahan kebangsaan akan kembali pada bulan Januari semula.

Pihak KPM turut melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dan bersesuaian dengan perubahan kalender akademik. Perkara ini penting untuk ibu bapa membuat persediaan anak-anak untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2026.

JADUAL CUTI SEKOLAH UMUM 2026

KPM telah mengeluarkan kalender rasmi akademik sesi 2026 bagi sekolah kumpulan A dan Kumpulan B. Dibawah dikongsikan maklumat ringkas dan mudah faham berkenaan jadual persekolahan dan tarikh cuti sekolah umum untuk tahun hadapan.

Rumusan jadual persekolahan penggal 1

  • Sesi mula persekolahan : Tarikh 12 Januari 2026
  • Waktu akhir penggal 1 : Tarikh 22 Mei 2026
  • Jumlah persekolahan mengikut minggu : Bersekolah selama 18 mingg
  • Tarikh cuti sekolah penggal 1 : Bermula 21 Mac hingga 29 Mac 2026 (9 hari)
  • Tarikh cuti pertengahan tahun : Bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026 (16 hari)

Rumusan jadual persekolahan penggal 2

  • Sesi mula sekolah : Tarikh 8 Jun 2026
  • Waktu akhir penggal 2 : Tarikh 4 Disember 2026
  • Jumlah persekolahan mengikut minggu : Bersekolah selama 25 minggu
  • Tarikh cuti sekolah penggal 2 : Bermula 29 Ogos hingga 6 September 2026 (9 hari)
  • Tarikh cuti akhir tahun : Bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2026 (27 hari).

Nota : Diatas adalah tarikh-tarikh cuti sekolah yang telah diumumkan dalam takwim kalender akademik KPM 2026. Segala perubahan dan tambahan tarikh baharu cuti sekolah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi ibu bapa yang ingin ketahui lebih informasi berkenaan jadual sesi persekolahan, sila layari laman portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik

Segala maklumat berkenaan tarikh-tarikh penting persekolahan disediakan di halaman tersebut untuk rujukan umum.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info lanjut.

The post Jadual Cuti Sekolah 2026 (Umum) Kalender Akademik KPM appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button