BANTUANJadual BayaranKewangan dan BantuanSTR 2025

Jadual Bayaran Bantuan STR 2025 Mengikut Fasa 1, 2, 3 & 4

Jadual bayaran Bantuan STR 2025 atau Sumbangan Tunai Rahmah telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebagai panduan umum masyarakat. Program STR ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan untuk membantu rakyat yang memerlukan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2025

Tahun ini, jadual bayaran STR 2025 telah diumumkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat melalui empat fasa pembayaran. Inisiatif ini adalah satu langkah penting dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga dan bantuan dapat disalurkan dengan lebih efisien.

Melalui pengumuman terbaru, STR 2025 akan dikreditkan pada bulan Ogos dan November bagi fasa 3 dan 4. Setiap fasa membekalkan bantuan kepada golongan yang berkelayakan dan akan berlangsung pada tarikh tertentu.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kelayakan mereka bagi memastikan mereka menerima sumbangan ini. Proses pembayaran setiap fasa ini telah diatur dengan teliti oleh pihak kementerian untuk menjamin ketelusan dan keberkesanannya.

Sebagai panduan, berikut dikongsikan jadual STR (tarikh rasmi) yang telah diumumkan mengikut fasa ;

  • STR Fasa 1 – Bermula 22 hingga 28 Januari 2025
  • STR Fasa 2 – Bermula 24 hingga 27 Mac 2025
  • STR Fasa 3 – Bulan Ogos 2025 (tarikh rasmi belum diumumkan)
  • STR Fasa 4 – Bulan November 2025 (tarikh belum diumumkan)

Pelaksanaan jadual bayaran STR 2025 ini dijangka memberikan impak positif kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang terjejas akibat pelbagai cabaran ekonomi. Dengan bantuan kewangan ini, ia dapat meringankan beban kewangan dan membantu mereka dalam perbelanjaan harian.

Kementerian Kewangan sentiasa berusaha untuk memastikan bantuan ini sampai tepat kepada mereka yang memerlukan, supaya setiap individu dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

SEMAK STATUS, KEMASKINI BAYARAN BANTUAN STR ANDA

Kerajaan telah membuka portal – MySTR 2025 sepanjang tahun ini untuk rakyat membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini jika ada sebarang perubahan. Kadar keseluruhan bayaran STR tahun ini adalah sehingga RM2,500.

Anda boleh membuat semakan berapa nilai bantuan yang patut anda terima pada tahun ini melalui laman web rasmi MySTR yang disediakan diatas.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai inisiatif dan program bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Jadual Bayaran Bantuan STR 2025 Mengikut Fasa 1, 2, 3 & 4 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button