Cuti Sekolah Tambahan 2 Hari Sempena Pesta Cahaya
Cuti Sekolah Tambahan selama 2 hari sempena pesta cahaya atau perayaan Deepavali pada minggu hadapan pada tarikh 20 Oktober 2025.
CUTI SEKOLAH TAMBAHAN SEMPENA DEEPAVALI
Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan berita baik untuk para pelajar. Sempena sambutan Deepavali atau pesta cahaya, semua sekolah kecuali negeri Sarawak akan dapat cuti tambahan selama 2 hari.
Untuk makluman umum, cuti umum perayaan Deepavali jatuh pada tarikh 20 Oktober 2025 bersamaan hari isnin. Semua sekolah akan menerima cuti tambahan pada hari selasa dan rabu kecuali Sarawak yang tidak mengambil bahagian.
Hari Deepavali yang disambut meriah oleh kaum hindu ini adalah merupakan pesta cahaya diantara bulan Oktober dan November. Disebabkan kaum India mempunyai peratusan mejoriti tinggi di negara ini, hari tersebut disambut meriah dan menjadi cuti umum setiap tahun.
TARIKH CUTI TAMBAHAN MENGIKUT KUMPULAN
Di bawah dikongsikan tarikh-tarikh penting yang diumumkan KPM mengikut kumpulan :
KUMPULAN A
- Negeri : Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Tarikh cuti tambahan : 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa)
KUMPULAN B
- Negeri : Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Labuan
- Tarikh cuti tambahan : 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu)
Nota : Sekolah di negeri Sarawak tidak mengambil bahagian cuti tambahan sempena Deepavali ini. Cuti hanya pada hari cuti umum sahaja iaitu 20 Oktober 2025 (Isnin).
Dengan adanya pengumuman rasmi ini warga dapat merancang aktiviti bersama keluarga tercinta. Antaranya seperti pulang ke kampung, bercuti ke destinasi yang dipilih dan berehat di rumah sendiri.
Kepada ibu bapa, jika anda ingin semak tarikh-tarikh penting berkenaan cuti sekolah sila layari laman portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai program, kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. Inisiatif ini adalah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan berkeperluan.
Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.
The post Cuti Sekolah Tambahan 2 Hari Sempena Pesta Cahaya appeared first on Carianterbaru.