Cuti Sekolah 5 Hari Sempena Deepavali
Cuti Sekolah 5 Hari Sempena Deepavali telah diumumkan oleh KPM yang bakal tiba pada pertengahan bulan Oktober ini.
CUTI SEKOLAH 5 HARI SEMPENA PESTA CAHAYA
Untuk makluman umum, sambutan Pesta cahaya atau perayaan Deepavali jatuh pada hari isnin bersamaan 20 Oktober 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah umum tambahan cuti sekolah selama 2 hari pada 21 Oktober dan 22 Oktober (Selasa dan Rabu).
Ini bermakna sekolah akan bercuti selama 5 hari bermula Sabtu sehingga Rabu seluruh Malaysia kecuali Sarawak. Negeri Sarawak tidak mengambil bahagian, hanya mempunyai 1 hari cuti sahaja pada 20 Oktober.
Bagi yang tidak tahu, Deepavali bermaksud cahaya atau lampu yang merujuk kepada penyalaan lampu minyak. Ini adalah sebagai simbol kemenangan cahaya keatas kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan.
Untuk lebih jelas, berikut adalah tarikh hari cuti sekolah yang akan disambut sempena Deepavali 2025 :
- 18 Oktober 2025 (Sabtu) : Cuti biasa
- 19 Oktober 2025 (Ahad) : Cuti biasa
- 20 Oktober 2025 (Isnin) : Cuti Umum Deepavali
- 21 Oktober 2025 (Selasa) : Cuti tambahan sekolah
- 22 Oktober 2025 (Rabu) : Cuti tambahan sekolah.
Tarikh cuti sekolah tambahan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut :
Kumpulan A
- (19 & 21 Oktober) bersamaan (Ahad & Selasa).
- Negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Kumpulan B
- (21 & 22 Oktober) bersamaan (Selasa & Rabu).
- Negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang dan Sabah.
Nota : Negeri Sarawak hanya cuti pada 20 Oktober 2025 bersamaan hari isnin (sehari) sahaja.
Untuk anda yang ingin semak tarikh-tarikh penting berkenaan persekolahan, sila layari laman portal rasmiĀ Kalender Akademik KPM 2025/2026
Dengan adanya cuti sekolah selama tempoh 5 hari ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada keluarga. Perancangan awal untuk melakukan aktiviti riadah dan percutian akan dapat memberi lebih masa yang lebih teratur.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telahpun melaksanakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai. Perkara ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat terutama golongan memerlukan.
Kepada yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama!
The post Cuti Sekolah 5 Hari Sempena Deepavali appeared first on Carianterbaru.