Bantuan Tunai RM700 – Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan inisiatif bantuan khas kewangan (BKK) untuk penjawat awam dan pesara. Inisiatif ini diadakan sebagai sebahagian dari pengumuman pada sidang belanjawan 2025.

INISIATIF BANTUAN TUNAI RM700

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan sebuah program bantuan kewangan khas (BKK) kepada penjawat awam dan pesara. Insentif sekali bayar ini dapat mengurangkan beban kewangan kos sara hidup rakyat.

Melalui inisiatif ini, penjawat awam akan menerima bayaran bantuan sebanyak RM700, manakala pesara kerajaan akan menerima RM350. Pemberian insentif one-off ini diadakan sebagai penghargaan kepada sumbangan penjawat awam dan pesara dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Kerajaan mengakui peranan penting yang dimainkan oleh penjawat awam dan pesara dalam menjaga dan memajukan negara. Dengan inisiatif bantuan khas kewangan ini, diharapkan mereka akan merasa dihargai dan mendapat sedikit kelonggaran dalam pengurusan kewangan mereka.

Ini adalah langkah positif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya bagi mereka yang telah berkhidmat luang masa untuk pembangunan negara. Pengagihan bayaran bantuan akan dilakukan secara automatik berperingkat melalui agensi kerajaan yang berkaitan.

Kategori penerima yang layak dapatkan bantuan khas kewangan 2025 adalah seperti berikut :

PENJAWAT AWAM

  • Merangkumi semua kumpulan perlaksana, pengurusan dan perkhidmatan awam
  • Termasuk lantikan kontrak bergantung kepada syarat yang ditetapkan

PESARA KERAJAAN

  • Pesara yang menerima pencen bulanan
  • Termasuk pesara perkhidmatan awam yang tidak lagi berkhidmat tetapi masih mempunyai status perkhidmatan dengan kerajaan.

Untuk lebih informasi, kalian boleh layari laman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Bantuan Tunai RM700 Untuk Penjawat Awam & Pesara 2025 appeared first on Carianterbaru.