BANTUANmusim tengkujuhMusimtengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh 2025 RM800 : Syarat Kelayakan

Bantuan Musim Tengkujuh 2025 berjumlah RM800 kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025

Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif yang boleh dimohon pada tahun ini berjumlah RM800 setahun. Inisiatif Bantuan Musim Tengkujuh ini diperkenalkan kerajaan dibawah Lembaga Getah Malaysia (LGM) atau RISDA.

Program khas BMT ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pekebun kecil dan penoreh dibawah RISDA. Mereka yang berkelayakan akan menerima insentif bantuan berjumlah RM800 seorang.

Kadar tersebut akan disalurkan secara berperingkat selama 4 bulan pada kadar RM200 sebulan. Perlaksanaan inisiatif ini adalah bagi meringankan beban individu pada musim tengkujuh.

KADAR BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk makluman umum, berikut adalah kadar bayaran BMT yang disalurkan setiap fasa :

  • Fasa 1 : RM200 dikreditkan November 2025
  • Fasa 2 : RM200 dikreditkan Disember 2025
  • Fasa 3 : RM200 dikreditkan Januari 2026
  • Fasa 4 : RM200 dikreditkan Februari 2026.

Kadar bayaran diatas disalurkan secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan pada borang permohonan. Bagi akaun jenis pihak ketiga dan akaun bersama tidak dibenarkan sama sekali.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN BMT

SYARAT BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk kelayakan memohon BMT 2025 yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah :

  1. Status kewarganegaraan : Wajib warganegara Malaysia yang sah
  2. Kelayakan umur : Berumur 18 tahun dan keatas pada tarikh permohonan
  3. Pekerjaan : Merupakan pekebun kecil atau penoreh getah yang aktif dan berdaftar
  4. Pendaftaran : Berdaftar dengan LGM atau RISDA
  5. Rekod : Mempunyai rekod jualan getah paling kurang 1 bulan dalam tahun semasa
  6. Kawasan : Kurang daripada 2.5 hektar (maksimum keluasan).

CARA MOHON BANTUAN BMT 2025

Kepada yang berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara manual di pejabat RISDA atau online. Untuk panduan mohon secara dalam talian disediakan seperti berikut :

  1. Langkah pertama, sila layari laman portal rasmi
  2. Tekan butang “Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)” pada menu utama
  3. Isi maklumat peribadi pemohon yang diperlukan pada ruang yang disediakan
  4. Muat naik dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon, bukti pemilikan dan penyata akaun bank yang aktif
  5. Semak butiran yang diisi dan tekan “Hantar”
  6. Selesai.

Nota : Pengesahan permohonan kebiasaan mengambil masa dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Pemohon akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan atau khidmat SMS dari pihak pejabat RISDA/ LGM negeri yang dimohon.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang berkeperluan. Sila lihat senarai bantuan yang ada di laman utama atau sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.

The post Bantuan Musim Tengkujuh 2025 RM800 : Syarat Kelayakan appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button