BANTUANBujangSTRSTR 2025

Bantuan Kewangan RM600 untuk Golongan Bujang Tahun 2025

Bantuan Kewangan RM600 – Pada tahun ini, kerajaan telah menyediakan inisiatif baru untuk membantu golongan bujang yang berkelayakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang mungkin terlepas pandang dalam situasi ekonomi yang mencabar.

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN RM600

Pada sidang Belanjawan 2025, Kementerian Kewangan telah mengumumkan perlaksanaan program STR. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Sumbangan Tunai Rahmah yang dirangka untuk meringankan beban hidup rakyat.

Pemberian bantuan kewangan ini kini telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM600 pada tahun ini. Perubahan ini adalah satu langkah positif dalam usaha kerajaan untuk memastikan golongan bujang berkelayakan dapat menikmati manfaat dan sokongan yang lebih besar.

Dengan jumlah yang lebih tinggi ini, diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan dalam memenuhi keperluan harian. Kaedah bayaran bantuan STR bujang ini adalah secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad.

JADUAL BAYARAN BANTUAN KEWANGAN STR BUJANG 2025

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah menetapkan kadar bayaran mengikut fasa bagi pemberian STR bujang 2025 seperti di bawah :

  • Fasa 1 (Januari 2025) : RM150
  • Fasa 2 (Akan dikemaskini) : RM150
  • Fasa 3 (Akan dikemaskini) : RM150
  • Fasa 4 (Akan dikemaskini) : RM150

PENDAFTARAN & PERMOHONAN BANTUAN STR 2025

Bagi mereka yang merupakan penerima sedia ada STR tahun lalu tidak perlu kemukakan permohonan kerana bantuan diberikan secara automatik. Individu hanya perlu kemaskini maklumat terkini jika berlaku sebarang perubahan.

Kepada bukan penerima yang ingin memohon bantuan RM600 ini, individu harus memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.

Pastikan semua dokumen sokongan disediakan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar. Dengan adanya program ini, diharapkan lebih ramai golongan bujang dapat menerima sokongan yang mereka perlukan.

Untuk semakan status bayaran bantuan, kemaskini dan pendaftaran, sila layari laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post Bantuan Kewangan RM600 untuk Golongan Bujang Tahun 2025 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button