Bantuan kewangan khas RM500 merupakan satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa sidang belanjawan 2025. Inisiatif ini disasarkan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk mereka yang berstatus lantikan kontrak.
BANTUAN KEWANGAN KHAS RM500
Pemberian ini bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam di negara ini. Melalui bantuan ini, setiap penjawat awam yang layak akan menerima RM500 yang dijadualkan akan disalurkan pada bulan Februari tahun hadapan.
Penjawat awam akan turut menerima bonus sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap dedikasi mereka. Ini diharap akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka semasa menghadapi cabaran ekonomi yang semakin meningkat.
Bukan sekadar penjawat awam, veteran berpencen dan tidak berpencen juga akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM250 dan ini adalah langkah positif untuk memastikan veteran yang telah berkhidmat kepada negara tidak tercicir dari pemberian bantuan kewangan tersebut.
Dengan pelaksanaan bantuan kewangan khas ini, kerajaan berusaha memastikan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan awam dan veteran mendapatkan imbuhan atas usaha mereka. Diharapkan agar semua pihak yang menerima bantuan ini dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Banyak program dan inisiatif yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada sidang bajet 2025. Untuk rujukan penuh, sila layari laman portal rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai panduan.
The post Bantuan Kewangan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam appeared first on Carianterbaru.