BANTUANBMTmusim tengkujuhMusimtengkujuh

Bantuan BMT RM800 Masih Dibuka : Panduan Mohon

Bantuan BMT RM800 masih dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Oktober 2025, panduan lengkap dan cara mohon disediakan di halaman ini.

INISIATIF BANTUAN BMT RM800

BMT RM800

Tahukah kalian pada tahun ini kerajaan telah menyediakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon oleh individu yang berkelayakan. Program Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT ini adalah salah satu insentif di bawah Belanjawan 2025.

Perlaksanaan program ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam kelompok pekebun kecil dan penoreh pada musim tengkujuh. Pemohon yang lulus permohonan akan menerima bayaran bantuan berjumlah RM800 setahun.

Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat selama 4 bulan pada kadar RM200 setiap bulan. Mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat daripada program BMT ini.

KELAYAKAN BANTUAN BMT 2025

Untuk makluman umum, terdapat 2 kategori yang ada dalam pemberian BMT tahun ini. Berikut dikongsikan syarat kelayakan mohon bantuan BMT mengikut kategori :

PEKEBUN KECIL

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Miliki lot getah dengan keluasan antara 0.1 hingga 4 hektar
  • Merupakan pemilik tanah yang sah dengan geran tanah
  • Mempunyai kad sah PAT-G yang masih aktif (jika perlu untuk peserta JPS atau JAKOA)

PENOREH GETAH

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar sebagai penoreh dengan RISDA
  • Menoreh getah di lot dengan keluasan antara 0.1 hingga 4 hektar
  • Wajib mempunyai surat pengesahan rasmi dari pihak pemilik tanah atau wakil yang sah
  • Mempunyai kad sah PAT-G yang masih aktif (wajib untuk semua pemohon kategori ini)

PANDUAN MOHON BMT RM800

Kepada yang berminat dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Untuk panduan mohon dan butiran lengkap berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh, sila layari pautan rasmi BMT diĀ https://pekebunkecil.risda.gov.my/permohonan-bmt

Pastikan dokumen-dokumen penting yang diperlukan disediakan semasa permohonan bagi memudahkan urusan semakan.

Bagi mereka yang layak, bayaran bantuan BMT akan disalurkan secara berperingkat kredit ke dalam akaun mengikut jadual dibawah :

  • BMT Fasa 1 : RM200 dikreditkan pada November 2025
  • BMT Fasa 2 : RM200 dikreditkan pada Disember 2025
  • BMT Fasa 3 : RM200 dikreditkan pada Januari 2026
  • BMT Fasa 4 : RM200 dikreditkan pada Februari 2026.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.

The post Bantuan BMT RM800 Masih Dibuka : Panduan Mohon appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button