Agihan STR Fasa 4 (Sumbangan Tunai Rahmah) akan dikreditkan secara berperingkat pada penghujung tahun ini. Program STR adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan oleh pelbagai keadaan ekonomi.
Fasa 4 dari program ini dijadualkan untuk dikreditkan pada bulan November 2025. Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat lanjut mengenai proses agihan ini.
AGIHAN STR FASA 4
Seperti sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebahagian inisiatif dibawah Belanjawan 2025. Sehingga Ogos ini, pembayaran STR telah berada pada fasa ketiga dan berbaki 1 sahaja lagi fasa bayaran.
Kepada penerima yang layak, agihan bagi STR Fasa 4 akan dilaksanakan secara automatik melalui saluran pembayaran yang telah ditetapkan. Pada bulan November 2025, semua individu yang memenuhi syarat akan menerima bantuan secara terus ke dalam akaun bank mereka.
Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dengan cepat dan berkesan. Kategori yang terlibat menerima bayaran fasa keempat adalah bujang isi rumah dan warga emas.
JADUAL AGIHAN STR MENGIKUT FASA
Sebagai rujukan umum, berikut adalah jadual asal pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut fasa :
- Januari 2025 – Fasa pertama
- April 2025 – Fasa kedua
- Ogos 2025 – Fasa ketiga
- November 2025 – Fasa keempat.
Setiap fasa kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM150, warga emas RM200 dan isi rumah sehingga RM650. Jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak setiap keluarga.
SEMAKAN STATUS BAYARAN & KEMASKINI STR
Para penerima yang ingin mengetahui status bantuan mereka boleh merujuk kepada laman web rasmi atau aplikasi yang disediakan oleh pihak kerajaan. Ini adalah langkah penting untuk memastikan setiap individu mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.
Dalam menghadapi kesukaran ekonomi, bantuan seperti STR adalah penting dalam meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat. Untuk semakan dan kemaskini maklumat terkini, sila layari laman rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Agihan STR Fasa 4 Akan Dikreditkan Secara Berperingkat appeared first on Carianterbaru.