Tuntutan STR Fasa 4 secara tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara pada bulan Oktober ini.
BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 DIKREDITKAN
Untuk makluman umum, bermula 18 Oktober 2025 pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 telahpun dikreditkan. Bayaran bantuan disalurkan secara berperingkat ke dalam akaun setiap penerima yang layak.
Bagi fasa terakhir ini memberi manfaat kepada sekitar 8.8 juta penduduk dengan kadar bantuan sehingga RM700. Kategori yang terlibat adalah bujang, warga emas dan isi rumah dari kelompok B40,M40 dan miskin.
STR Fasa 4 ini merupakan bayaran terakhir bagi sesi 2025 dan bantuan akan mula disalurkan kembali bagi sesi tahun 2026. Semua individu yang tidak pernah kemaskini STR dalam tempoh 3 tahun perlu membuat pengemaskinian bagi mendapatkan manfaat STR tahun hadapan.
TUNTUTAN STR FASA 4
Bagi penerima yang tiada kad bank, mereka boleh membuat tuntutan bayaran bantuan tunai STR ini di cawangan BSN terdekat sepanjang bulan Oktober. Panduan tuntutan adalah seperti berikut :
- Hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan
- Tunjukan kad pengenalan kepada pengawai yang bertugas
- Semakan pengesahan dilakukan
- Bantuan diberikan mengikut kadar kelayakan penerima
- Selesai.
Kepada penerima kategori ini, jika anda ingin mendapatkan bayaran STR 2026 dikreditkan ke dalam akaun. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi melalui laman portal rasmi MySTR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
KADAR BAYARAN STR BULAN OKTOBER
Kepada yang terlepas pandang, kami kongsikan kadar jumlah bayaran STR yang dikreditkan pada bulan ini mengikut setiap kategori penerima :
KATEGORI BERKELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)
- RM700 : Mempunyai tanggungan lebih 5 orang
- RM500 : Mempunyai tanggungan 3-4 orang
- RM350 : Mempunyai tanggungan 1-2 orang
- RM200 : Tiada tanggungan anak
BERKELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)
- RM350 : Mempunyai tanggungan lebih 5 orang
- RM250 : Mempunyai tanggungan 3-4 orang
- RM200 : Mempunyai tanggungan 1-2 orang
- RM100 : Tiada tanggungan anak
KATEGORI BELIA & ORANG TUA
- RM150 seorang : Belia bujang berumur 21 tahun keatas
- RM150 seorang : Warga emas berumur 60 tahun keatas
Nota : Kadar bayaran diatas dikreditkan ke dalam akaun bank setiap penerima pada minggu ini. Anda boleh semak status bayaran STR anda melalui laman pautan rasmi kerajaan yang disediakan diatas.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila semak list bantuan yang ada di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.
The post Tuntutan STR Fasa 4 Secara Tunai Di Kaunter BSN appeared first on CARIANTERBARU.