Tiket Masuk Percuma Zoo Negara Untuk Kanak-Kanak Bulan Ini
Tiket Masuk Percuma Zoo Negara khas untuk kanak-kanak bulan ini iaitu pada 22 November dan 23 November 2025. Berita baik untuk keluarga yang mempunyai anak, pada bulan ini pihak zoo negara telah menawarkan tiket kemasukkan secara percuma selama 2 hari.
TAWARAN TIKET MASUK PERCUMA KE ZOO NEGARA

Untuk makluman umum, sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia pada bulan ini, pihak Zoo negara telah menawarkan satu inisiatif untuk kanak-kanak. Tiket masuk secara percuma ditawarkan kepada kanak-kanak yang layak pada 22 dan 23 November ini.
Tawaran ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan dan meraikkan sumbangan kepada kanak-kanak di Malaysia. Dengan adanya tiket percuma ini, ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk mendekati dan belajar tentang hidupan liar di dalam zoo.
Pada tarikh yang dimaklumkan, tawaran tiket percuma diberikan kepada mereka yang berumur 3 tahun hingga 12 tahun. Tiada sebarang bayaran diperlukan bagi kategori ini dan kemasukkan ke kawasan zoo dibenarkan secara percuma.
SYARAT TIKET PERCUMA ZOO

Bagi pengetahuan, tiket percuma ini hanya sah pada tarikh 22 dan 23 November sahaja. Berikut adalah syarat layak untuk dapatkan tiket percuma kemasukkan ke zoo :
- Status warganegara : Tawaran tiket percuma ini hanya boleh ditebus oleh warganegara Malaysia sahaja
- Kelayakan umur : Kanak-kanak yang berumur 3 tahun hingga 12 tahun sahaja
- Tebus tiket : Penebusan tiket percuma adalah terhad dan pengunjung perlu hadir ke kauter (walk-in) tiada penebusan secara online
- Sediakan mykid : Pengesahan mykid asal diperlukan untuk penebusan tiket
- Tempoh sah : Tiket yang ditebus hanya sah digunakan pada hari tersebut sahaja dan penebusan tidak dibenarkan untuk lawatan sekolah.
Kepada penjaga yang mempunyai anak berkelayakan jangan lepaskan peluang dapatkan manfaat dari tawaran tiket percuma ini. Pelbagai aktiviti telah disediakan khusus untuk kanak-kanak pada tarikh tersebut yang boleh dinikmati.
Diharapkan dengan adanya tawaran seperti ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama yang mempunyai anak. Untuk anda yang ingin ketahui lebih maklumat berkenaan zoo negara, sila kunjungi laman rasmi https://www.zoonegara.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun banyak kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh pelbagai pihak terutama kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan boleh anda dapatkan Semak Disini untuk lebih informasi.
The post Tiket Masuk Percuma Zoo Negara Untuk Kanak-Kanak Bulan Ini appeared first on CARIANTERBARU.