BujangSARASTR

Tiada STR Bujang 2026 Tetapi Digantikan Dengan SARA

Tiada STR Bujang 2026 tetapi akan digantikan dengan bayaran bantuan SARA setiap bulan pada kadar baharu untuk kategori ini.

TIADA STR KATEGORI BUJANG TAHUN 2026

TIADA STR BUJANG 2026

Pada sidang Belanjawan 2026, kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa tiada sebarang bayaran yang akan diterima oleh kategori bujang bagi program STR. Seperti sedia maklum, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan MADANI.

Bagi sesi 2026, program STR telah diperbaharui di mana kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran. Namun berita baik untuk kategori ini adalah mereka akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dari Januari sehingga Disember 2026.

Kadar jumlah bayaran bantuan SARA bagi kategori bujang adalah RM600 setahun dan bantuan dikreditkan setiap bulan pada kadar RM50. Amaun tersebut disalurkan ke dalam mykad secara automatik dan bantuan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.

KADAR SARA BUJANG 2026

Untuk makluman umum, berikut dikongsikan jadual bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori bujang :

  • Januari 2026 : RM50
  • Februari 2026 : RM50
  • Mac 2026 : RM50
  • April 2026 : RM50
  • Mei 2026 : RM50
  • Jun 2026 : RM50
  • Julai 2026 : RM50
  • Ogos 2026 : RM50
  • September 2026 : RM50
  • Oktober 2026 : RM50
  • November 2026 : RM50
  • Disember 2026 : RM50.

Nota : Pastikan cip mykad berfungsi dan dalam keadaan baik kerana setiap penebusan bantuan SARA memerlukan pengesahan mykad.

TIADA KELAYAKAN BAHARU STR/ SARA BUJANG 2026

Berikut adalah syarat asas kelayakan untuk dapatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah bagi kategori bujang :

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus bujang belum berkahwin/ duda/ janda/ balu
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Memiliki kad pengenalan / mykad yang masih berfungsi
  • Bujang dalam kelompok B40 dan miskin.

KEMASKINI MAKLUMAT STR / SARA SESI 2026

Kepada penerima sedia ada yang tidak pernah kemaskini maklumat STR / SARA selama 3 tahun berturut-turut. Kategori ini perlu membuat pengemaskini maklumat terkini bagi mendapatkan manfaat bantuan pada tahun hadapan.

Untuk kemaskini sila layari laman portal rasmi kerajaan yang disediakan dibawah :

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan tunai kerajaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah tawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmi WhatsApp Carianterbaru untuk lebih informasi.

The post Tiada STR Bujang 2026 Tetapi Digantikan Dengan SARA appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button