Tesla baru-baru ini sudah pun mendaftar syarikat mereka di Thailand. Syarikat operasi dengan modal sebanyak 3 billion Baht itu akan dijadikan sebagai pusat jualan dan servis Tesla untuk rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Pengembangan syarikat Tesla ke Thailand bertujuan untuk menjual kenderaan, sistem penyimpanan tenaga dan juga sistem penghasilan tenaga mereka. Dengan pembukaan cawangan rasmi mereka, harga kenderaan Tesla di Thailand dijangka akan lebih murah sehingga 1 juta Baht kerana tidak lagi perlu melalui ejen pengimport dan dikenakan pelbagai cukai.
Tesla dilihat berminat untuk menambah operasi mereka di Thailand kerana inisiatif kerajaan Thailand yang memberikan insentif pengurangan cukai kepada kenderaan elektrik dan juga pembinaan banyak stesen pengecasan di seluruh Thailand.
Tesla juga dikatakan berminat untuk membuka kilang baru di rantau Asia selatan atau Asia tenggara. Antara negara yang dikatakan sebagai pilihan Tesla adalah Indonesia yang mempunyai banyak sumber nikel dan bahan logam untuk pembuatan bateri mereka. Di samping itu juga, akta buruh Indonesia dilihat lebih menguntungkan syarikat dan kilang.
Good