Pengawas Peperiksaan SPMPengawas SPMSukarelawanTawaran

Tawaran Sukarelawan Pengawas SPM 2025 Dibuka

Tawaran Sukarelawan Pengawas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kini dibuka kepada orang awam sehingga 16 Oktober 2025.

TAWARAN SEBAGAI SUKARELAWAN PENGAWAS SPM 2025

Tawaran Sukarelawan Pengawas SPM

 

Jom sertai sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran permohonan sebagai pengawas peperiksaan SPM tahun ini.

Kepada yang berminat, permohonan masih dibuka sebelum tarikh tutup pada 16 Oktober ini. Mereka yang berjaya sertai sebagai sukarelawan akan menerima bayaran elaun secara harian.

Tawaran ini dibuka kepada orang ramai khususnya pelajar Intitusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta, Institusi Pendidikan, Lepasan asasi / matrikulasi. Kakitangan bukan kerajaan, pesara kerajaan dan pesara swasta juga boleh memohon.

SYARAT LANTIKAN SUKARELAWAN PENGAWAS SPM

Berikut adalah syarat-syarat asas lantikan sebagai pengawas peperiksaan SPM sesi 2025 :

  1. Status warganegara : Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kelayakan umur : Individu berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  3. Status kesihatan : Sihat dari fizikal dan mental (tiada penyakit kronik).
  4. Tiada rekod jenayah : Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah yang masih berjalan.
  5. Tempat tinggal : Duduk di daerah yang sama tidak melebihi dari 25 Kilometer sehala dari lokasi peperiksaan.
  6. Pengangkutan : Mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke lokasi peperiksaan.

CARA MEMOHON LATIKAN PENGAWAS SPM 2025

Bagi mereka yang berminat dan sedang tidak mempunyai pekerjaan tetap, pendaftaran permohonan latikan ini masih dibuka sebelum – 16 Oktober 2025. Permohonan hanya boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman portal rasmi kerajaan di https://elp.moe.gov.my/

Kepada yang berjaya memohon, anda akan bertugas sebagai sukarelawan peperiksaan SPM pada waktu yang telah ditetapkan. Tarikh dan masa bertugas adalah dari 20 November 2025 sehingga 23 Disember 2025 (berdasarkan jadual rasmi peperiksaan SPM).

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP, JPN)  di negeri pilihan yang dikemukakan permohonan. Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat tawaran ini.

PENUTUP & LEBIH LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif-insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama.

The post Tawaran Sukarelawan Pengawas SPM 2025 Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button