Program Sentuhan Kasih Rakyat : Bantuan RM900 Mula Dikredit
Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2025. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban rakyat, terutamanya dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar.
Dengan pelaksanaan langkah ini, diharapkan akan ada peningkatan dalam kualiti hidup komuniti yang terjejas.
PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
Kepada yang terlepas pandang, terdapat sebuah inisiatif bantuan telah mula dilaksanakan pada tahun ini. Insentif Bantuan PSKR ini disediakan bagi membantu golongan yang memerlukan dan terjejas.
Kerajaan menyediakan kadar bayaran bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada pemohon yang layak. Peruntukan keseluruhan sebanyak RM358 juta telah disediakan untuk memastikan bahawa program ini dapat memberi manfaat kepada sekitar 100,000 penerima sepanjang tahun ini.
Pengagihan bayaran fasa pertama dijadualkan untuk kredit pada 17 Februari 2025. Penerima yang layak akan menerima RM900 sekaligus untuk tiga bulan, diikuti dengan RM300 sebulan untuk tempoh setahun.
Melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat, kerajaan negeri Sabah berhasrat untuk memperkukuh bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan, tetapi juga untuk merangsang penyertaan komuniti dalam program-program pembangunan sosioekonomi.
Diharapkan, dengan adanya program ini, rakyat Sabah dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan berjaya keluar dari belenggu kemiskinan. Semakan status dan pendaftaran telah dibuka kepada mereka yang menepati kriteria syarat kelayakan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti dibawah ;
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Bermastautin di negeri Sabah berstatus H
- Ketua isi rumah atau ahli keluarga berada dalam kelompok golongan memerlukan, miskin atau miskin tegar
- Alamat surat menyurat yang berdaftar di Sabah
- Nama tersenarai dalam data e-kasih (semakan status melalui laman – https://ekasih2.icu.gov.my/ )
Nota : Insentif istimewa ini hanya disediakan bagi warga negeri Sabah dan yang menetap di Sabah sahaja.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain PSKR terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Program Sentuhan Kasih Rakyat : Bantuan RM900 Mula Dikredit appeared first on Carianterbaru.