STR Bujang Fasa 4 : Bayaran RM150 Untuk Setiap Individu
STR Bujang Fasa 4 : Bayaran berjumlah RM150 akan dikreditkan kepada setiap individu yang layak bermula November 2025.
BAYARAN STR 2025 UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Untuk makluman umum, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu insentif dibawah Belanjawan 2025. Program bantuan tunai STR ini memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia yang berkelayakan.
Seperti sedia maklum, kategori penerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan bujang, isi rumah dan warga emas. Pembayaran dilaksanakan secara berperingkat selama 4 fasa sepanjang tahun ini.
Program STR adalah sebuah bantuan tunai kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dari kalangan B40, miskin dan miskin tegar. Setiap kategori telah ditetapkan kadar bayaran sehingga RM2,500 setahun.
PENGKREDITAN STR BUJANG FASA 4
Bagi kategori bujang, bayaran rasmi yang akan dikreditkan pada fasa 4 adalah berjumlah RM150 seorang. Bantuan akan disalurkan selewat-lewatnya pada bulan November ini.
Jumlah bayaran bantuan STR bagi kategori bujang pada tahun ini adalah RM600 setahun. Berikut adalah kadar bayaran STR bujang bagi setiap fasa sepanjang tahun 2025 :
- Fasa satu : RM150 dikreditkan Januari 2025.
- Fasa dua : RM150 dikreditkan April 2025.
- Fasa tiga : RM150 dikreditkan Ogos 2025.
- Fasa empat : RM150 dikreditkan November 2025.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR BUJANG
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori bujang ;
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak dan menepati syarat.
- Had umum kelayakan adalah 21 tahun hingga 59 tahun.
- Bujang kategori Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan keatas.
- Bujan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAK STATUS STR BUJANG SETIAP FASA
Kepada golongan bujang, semakan status, pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat terkini boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi STR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk maklumat rasmi, atas keprihatinan kerajaan perlaksanaan program STR akan diteruskan pada tahun 2026. Bagi mereka yang berkelayakan permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi dapat manfaat pada tahun hadapan.
PENUTUP & MAKLUMAT LANJUT
Selain STR terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan telah ditawarkan kerajaan MADANI kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama.
The post STR Bujang Fasa 4 : Bayaran RM150 Untuk Setiap Individu appeared first on Carianterbaru.