BANTUANMyKad

Bantuan MyKad RM100 untuk Golongan B40 Dikreditkan Mei Ini

Bantuan MyKad RM100 – Dalam usaha untuk membantu keluarga yang berstatus golongan B40, bantuan tambahan akan disalurkan pada bulan Mei ini. Bantuan ini ditujukan kepada isi rumah yang memenuhi syarat sebagai penerima bantuan, terutamanya yang tidak mencapai tahap miskin.

Siapa yang Layak Menerima Bantuan MyKad RM100?

Bermula April sehingga Disember tahun ini kerajaan Madani telah melaksanakan pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau bantuan mykad. Sekitar 5.4 juta penduduk Malaysia berkelayakan mendapatkan manfaat ini tanpa perlu memohon.

Apa yang menarik adalah bukan sahaja kategori miskin tegar, golongan B40 juga turut akan menerima insentif tambahan bulanan ini. Bantuan yang diberikan dalam bentuk ewallet ke dalam IC ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdekatan.

Untuk makluman umum, nilai bantuan RM100 ini akan disalurkan kepada keluarga-keluarga yang sedang berjuang untuk memenuhi keperluan asas. Mereka yang berstatus B40 atau bukan miskin merupakan kategori yang paling diutamakan untuk menerima bantuan ini.

Program ini adalah salah satu inisiatif daripada kerajaan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh masyarakat. Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah kadar pembayaran bantuan mykad SARA bulan Mei 2025 mengikut kategori ;

  • Kategori Bujang : RM50
  • Kategori isi rumah : RM100 (B40) & RM200 (Miskin)
  • Kategori warga emas : RM50 (B40) & RM150 (Miskin).

Cara Memastikan Anda Menerima Bantuan MyKad

Penerima yang layak akan menerima transfer wang tersebut secara langsung ke dalam MyKad mereka. Adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat pendaftaran adalah tepat dan terkini, bagi mengelak sebarang masalah semasa proses pengagihan bantuan.

Pastikan anda menyemak status sebagai penerima bantuan sebelum bulan Mei bagi memastikan kelancaran proses ini. Untuk semak status SARA anda secara terus, sila kunjungi laman rasmi MySARA – https://www.mykasih.com.my/

Bagi pengetahuan umum, tidak semua barangan keperluan harian boleh dibeli menggunakan insentif SARA ini. Untuk lebih rujukan dan kemudahan anda untuk menggunakan ewallet MyKasih ini sila muat turun Aplikasi SARA di appstore telefon pintar masing-masing.

 

 

 

 

Nota : pengagihan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah ini akan selesai dikreditkan pada bulan Disember 2025. Kepada penerima yang layak, gunakan manfaat bantuan ini dengan sebaik untuk meringankan beban kos sara hidup pada tahun ini.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kepada perpaduan telah sedia bermacam jenis program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan kepada orang awam terutama golongan terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan MyKad RM100 untuk Golongan B40 Dikreditkan Mei Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button