Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI Sehingga RM250 Untuk Penerima STR

Skim Perubatan MADANI disediakan sehingga RM250 setahun untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini.

APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI?

SKIM PERUBATAN MADANI

Ramai yang terlepas pandang berkenaan skim perubatan MADANI yang disediakan oleh kerajaan secara percuma. Skim ini adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Inisiatif khas ini disediakan adalah bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan (rawatan sakit-sakit ringan). Kumpulan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah skim perubatan MADANI.

Lebih dari 700,000 isi rumah boleh mendapatkan rawatan sakit-sakit ringan yang diperlukan secara percuma. Skim ini dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Dengan keadaan sekarang musim Influenza yang melanda, anda boleh menggunakan manfaat skim MADANI ini untuk swap test dan beli ubat. Tiada sebarang permohonan diperlukan, skim ini diberikan secara automatik.

MANFAAT RAWATAN PERUBATAN MADANI

SKIM PERUBATAN MADANI 2025

Berikut adalah manfaat kadar bantuan yang disediakan melalui skim ini mengikut kategori :

  • Isi rumah berkeluarga : RM250 setahun
  • Warga emas tanpa pasangang : RM125 setahun
  • Bujang berumur 21 tahun keatas : RM75 setahun.

Rawatan sakit-sakit ringan yang boleh digunakan skim MADANI ini adalah seperti :

  • Cirit birit
  • Muntah
  • Demam
  • Selesema
  • Sakit kepala
  • Terseliuh dan berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN SKIM

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk dapatkan skim MADANI :

  1. Warganegara Malaysia dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  2. Kategori bujang, warga emas dan isi rumah
  3. Golongan B40 dan berpendapatan rendah
  4. Kelayakan adalah secara automatik.

CARA DAPATKAN RAWATAN PERUBATAN MADANI

Kepada penerima STR jangan lepaskan peluang untuk gunakan manfaat yang disediakan secara percuma ini. Berikut dikongsikan cara dapatkan rawatan perubatan MADANI tahun ini :

  1. Semak kelayakan anda melalui aplikasi MySejahtera atau laman portal rasmiĀ SKIM MADANI
  2. Hadir ke mana-mana klinik yang berdaftar (boleh cek di laman rasmi) dengan membawa kad pengenalan
  3. Terima rawatan secara percuma.
  4. Baki rawatan akan ditolak selepas rawatan.

Di musim demam ini sangat memberi manfaat inisiatif yang disediakan ini dan diharapkan anda dapat gunakan dengan sebaik mungkin.

PENUTUP & LEBIH INFO

Selain itu terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.

The post Skim Perubatan MADANI Sehingga RM250 Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button