Akaun 3Akaun FleksibelKWSPPengiraan

KWSP : Kadar Pengiraan Pengeluaran Melalui Akaun 3

KWSP : Kadar Pengiraan Pengeluaran yang boleh dilakukan melalui akaun 3 adalah berdasarkan jumlah daripada akaun fleksibel. Untuk makluman, tidak lama lagi pihak KWSP akan melancarkan satu lagi kemudahan akaun pada bulan Mei ini.

KADAR PENGIRAAN PENGELUARAN MELALUI AKAUN 3 KWSP

Sebagai contoh kadar pengiraan, jika ahli mempunyai baki kurang dari RM3000 dalam akaun 2, pemindahan maksimum ke dalam akaun 3 adalah RM1000. Bagi makluman, simpanan di dalam akaun ketiga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan jumlah wang yang ada secara fleksibel.

Bagi pencarum yang mempunyai simpanan dalam akaun 2 lebih daripada RM3000, pengiraan kadar pembahagian akan dibuat seperti contoh di bawah.

Sebagai contoh encik ali mempunyai baki akaun 2 sebanyak RM9,000, pembahagian jumlah akan ditentukan seperti berikut :

  • (5 / 30) wang dipindahkan ke dalam akaun 1 (Persaraan) : RM1,500
  • (15 / 30) wang kekal dalam akaun 2 (Sejahtera) : RM4,500
  • (10 / 30) wang dipindahkan ke dalam akaun 3 (Fleksibel) : RM3,000

Ini bermakna encik ali boleh keluarkan wang dalam akaun 3 KWSP berjumlah RM3,000.

PENGIRAAN KADAR PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan bahawa inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP akan berkuat kuasa bermula 11 Mei 2024. Menurut laporan, akaun para pencarum KWSP berumur 55 tahun kebawah akan distruktur baharu seperti berikut :

  • Akaun 1 : Peranan sebagai akaun persaraan
  • Akaun 2 : Peranan sebagai akaun sejahtera
  • Akaun 3 : Peranan sebagai akaun fleksibel.

Setelah berkuat kuasa, baki dalam akaun 1 dan akaun 2 akan kekal dalam akaun sejahtera dan persaraan. Manakala akaun 3 akan bermula pada kadar sifar (kosong).

PENGIRAAN MEKANISME AKAUN KWSP (FLEKSIBEL)

Caruman baharu yang akan diterima selepas tarikh kuat kuasa adalah 75 peratus ke akaun persaraan, 15 peratus ke akaun sejahtera. Manakala 10 peratus akan dikreditkan ke dalam akaun fleksibel dan wang dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Bermula 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024, setiap ahli diberikan peluang sekali sahaja bagi tempoh masa untuk tentukan jumlah permulaan akaun 3. Ahli boleh memindahkan sebahagian wang dalam akaun sejahtera kepada akaun fleksibel sebagai baki permulaan.

Secara jelas, kemudahan akaun ketiga ini adalah untuk memberi manfaat kepada ahli bagi pengeluaran wang pada waktu kecemasan dan memerlukan. Namun pencarum disarankan membuat keputusan bijak bagi pengurasan wang mereka agar tidak menjejaskan kewangan waktu persaraan kelak.

SENARAI JENIS PENGELUARAN KWSP 2024

Kepada yang terlepas pandang, KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu. Untuk butiran lengkap berkenaan senarai pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

INFO LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenalkan bermacam-macam jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum msyarakat.

The post KWSP : Kadar Pengiraan Pengeluaran Melalui Akaun 3 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button