BANTUANKewanganRaya Haji

Bantuan Kewangan Raya Haji 2025 : Semak Senarai Insentif

Bantuan kewangan raya haji 2025 – Menjelang sambutan Aidiladha pada 7 Jun, pelbagai inisiatif bantuan kewangan akan dilaksanakan untuk membantu rakyat. Insentif ini bertujuan meringankan bebanan kewangan yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam menghadapi hari yang penuh dengan makna ini.

BANTUAN KEWANGAN RAYA HAJI

Terdapat beberapa program bantuan kewangan yang akan dilaksanakan sebelum Raya Haji. Antaranya merangkumi bantuan tunai langsung kepada golongan memerlukan, bantuan makanan, dan juga pelbagai pakej sokongan bagi memastikan semua dapat menyambut Aidiladha dengan aman dan penuh keceriaan.

Setiap program ini dirancang dengan teliti agar tepat pada sasaran yang memerlukan. Ramai yang tertanya adakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 akan dikreditkan sebelum raya? jawapanya tidak, kerana insentif ini akan disalurkan pada bulan Ogos nanti.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN SEBELUM RAYA HAJI

Antara bantuan kewangan yang akan disalurkan sebelum aidiladha adalah seperti berikut ;

  • Bantuan ewallet SARA : Kadar bayaran RM50 hingga RM200 dikreditkan pada bulan Mei dan Jun
  • Bantuan Asnaf : Kadar bayaran mengikut majlis agama islam negeri masing-masing
  • Bantuan khas kewangan raya : Bonus kepada para penjawat awam secara one-off (tertakluk kepada pengumuman kerajaan negeri)

Untuk mendapatkan bantuan kewangan ini, mereka yang layak perlu membuat semakan melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan. Pengumuman mengenai prosedur dan tarikh penting akan dibuat melalui media sosial dan laman web kerajaan bagi memudahkan semua pihak yang berkenaan.

Dengan langkah ini, diharapkan pengagihan bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan tepat pada masanya. Bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anda boleh buat semakan berapa jumlah amaun bayaran anda melalui laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/

Bayaran bantuan SARA ini akan dikreditkan dalam bentuk ewallet secara terus ke dalam IC/ Mykad setiap penerima. Amaun tersebut boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Kewangan Raya Haji 2025 : Semak Senarai Insentif appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button