BANTUANJKM

Senarai E-Bantuan JKM yang Boleh Dimohon Tahun 2025

Senarai E-bantuan JKM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan inisiatif untuk membantu masyarakat yang memerlukan sokongan kewangan. Tahun 2025 akan menyaksikan pelbagai program bantuan yang boleh dihantar secara atas talian, memudahkan proses permohonan bagi rakyat Malaysia.

SENARAI E-BANTUAN JKM 2025

Bagi tahun 2025, terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon melalui platform JKM. Antaranya adalah bantuan kebajikan kepada warga emas, bantuan kanak-kanak, dan juga bantuan untuk individu yang mengalami kecacatan.

E-BANTUAN JKM

Selain itu, terdapat juga bantuan khusus untuk keluarga berpendapatan rendah yang terkesan akibat masalah ekonomi. Berikut adalah senarai e-bantuan yang boleh dimohon dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat :

  • Bantuan Warga Emas : RM600 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan : RM150 – RM500 sebulan
  • Bantuan kanak-kanak : RM150 – RM1000 sebulan
  • Bantuan latihan perantis : RM200 sebulan
  • Bantuan geran pelancaran : RM2700 one-off
  • Bantuan OKU Bekerja : RM400 sebulan
  • Bantuan Ibu tunggal : RM450 sebulan
  • Bantuan am negeri : Bergantung negeri yang dimohon
  • Bantuan penjagaan OKU terlantar : RM500 sebulan.

KELAYAKAN MOHON E-BANTUAN JKM

Setiap kategori bantuan telah ditetapkan syarat kelayakan yang perlu dipatuhi sebelum memohon. Berikut dikongsikan kriteria asas kelayakan mohon bantuan dibawah JKM pada tahun ini :

  • Pemohon berstatus warganegara Malaysia
  • Pendapatan dibawah Pendapatan Garis kemiskinan (PGK) semasa
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan diberi keutamaan
  • Bukan golongan M40 dan T20
  • Menetapi syarat tambahan yang telah ditetapkan mengikut jenis bantuan dimohon.

PROSES PERMOHONAN E-BANTUAN JKM

Proses permohonan e-bantuan JKM pada tahun ini disediakan adalah mudah dan mesra pengguna. Pemohon hanya perlu melayari laman sesawang JKM dan mengisi borang permohonan secara dalam talian.

Pastikan semua dokumen sokongan seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan penyata pendapatan disediakan untuk disertakan bersama permohonan. Dengan langkah ini, pemohon akan dapat menerima maklumat tentang status permohonan mereka secara lebih cepat dan efisien.

Untuk panduan lengkap, sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM dan segala maklumat telah disediakan. Daftar secara manual juga boleh dilakukan melalui pejabat kebajikan berdekatan kediaman masing-masing.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah perkenal dan melaksanakan pelbagai program inisiatif bantuan khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Senarai E-Bantuan JKM yang Boleh Dimohon Tahun 2025 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button