BANTUAN

Senarai 3 Bantuan Yang Diberikan Kepada Rakyat Tahun Ini

Senarai 3 Bantuan yang diberikan kepada rakyat tahun ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan Bantuan Musim Tengkujuh. Seperti yang telah dimaklumkan, program bantuan ini adalah sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

SENARAI 3 BANTUAN – SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kementerian Kewangan telah memaklumkan pemberian insentif yang dikenali sebagai bantuan tunai STR ini akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia. Jumlah bayaran bantuan ini adalah sehingga RM2,500 setahun dan merupakan salah satu dari senarai 3 bantuan.

Jadual bayaran disalurkan adalah pada Januari, April, Ogos dan Disember yang melibatkan kategori penerima dari bujang, warga emas dan isi rumah. Orang ramai boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat melalui laman rasmi STR.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pemberian SARA ini adalah merupakan lanjutan daripada program STR 2024 dan ianya diberikan tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan. Bantuan ini diberikan secara automatik mengikut data  maklumat STR dan dikreditkan ke dalam mykad setiap penerima.

Apa yang menarik adalah kadar bantuan pada tahun ini telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun lalu RM600. Bukan itu sahaja, kategori penerima juga ditambah dimana mereka yang berstatus bukan miskin juga layak menerima manfaat.

SENARAI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Bagi mereka yang terlepas pandang, terdapat sebuah inisiatif bantuan kewangan yang diberikan pada kadar RM800. Bantuan dikreditkan secara 4 bulan pada kadar RM200 sekali bayar kepada mereka yang berkelayakan.

Program bantuan musim tengkujuh atau BMT ini ditawarkan khusus kepada golongan pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas. Mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan sehingga September ini di laman rasmi RISDA.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang info lebih lanjut berkenaan senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini, anda boleh kunjungi laman utama – Carianterbaru .

The post Senarai 3 Bantuan Yang Diberikan Kepada Rakyat Tahun Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button