BANTUANSARA 2026STR 2026

Semua Penerima STR Layak Dapat Bantuan SARA RM1200

Semua Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) layak dapat bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) RM1200 bermula tahun 2026.

SEMUA PENERIMA STR LAYAK DAPAT RM1200

SEMUA PENERIMA STR LAYAK DAPAT RM1200

Baru-baru ini pada sidang Belanjawan 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita baik untuk rakyat. Bermula tahun 2026 pemberian Sumbangan Asas Rahmah akan diperluaskan kepada semua penerima STR.

Mereka yang berstatus penerima STR akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM1200 setahun. Pembayaran secara kredit ke dalam mykad akan dilaksanakan setiap bulan pada kadar RM100 sebulan.

Tiada pengecualian, jika anda penerima STR secara automatik akan dapat SARA RM1200 setahun. Program SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan, hanya perlu kemaskini maklumat sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Perlaksanaan insentif ini adalah sebagai bantuan tambahan bagi membantu golongan memerlukan meringankan beban kos sara hidup. Amaun yang diberikan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian.

SEMUA PENERIMA DAPAT RM100 ONE-OFF SEKALI LAGI

Bukan RM1200 sahaja, Perdana Menteri juga mengumumkan perlaksanaan sekali lagi pembayaran SARA RM100 one-off pada tahun hadapan. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 akan disalurkan pada bulan Februari 2025.

Yang lebih menarik adalah semua individu berumur 18 tahun keatas layak dapatkan RM100 ini yang memperuntukkan sebanyak 22 juta penerima. Bayaran bantuan one-off ini diberikan sempena sambutan tahun baru cina dan ramadhan pada bulan Februari nanti.

Ini merupakan pengumuman yang sangat baik untuk memberi manfaat kepada mejoriti rakyat Malaysia. Walaupun sedikit tetapi dapat menampung pembelanjaan dan boleh dinikmati oleh semua orang tanpa jurang pendapatan.

SEMAKAN STATUS STR & SARA 2026

Kepada seluruh rakyat Malaysia, anda boleh membuat semakan status bayaran dan kemaskini maklumat terkini STR dan SARA secara dalam talian. Berikut adalah laman portal rasmi yang boleh dilayari sepanjang tahun :

PENUTUP & LEBIH LANJUT

Kerajaan MADANI telah melancarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif yang diberikan khusus memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk laman utama.

The post Semua Penerima STR Layak Dapat Bantuan SARA RM1200 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button