Semakan Status PLKN 3.0 – Program Latihan Khidmat Negara kini memasuki edisi ketiga bermula pada tahun 2025. Program ini mengandungi pendekatan baru yang bertujuan untuk membentuk generasi muda yang lebih berdisiplin.
Dalam edisi kali ini, kerajaan berusaha untuk menyemai jiwa patriotik dalam diri peserta melalui pelbagai bentuk latihan dan aktiviti yang bermanfaat.
SEMAKAN STATUS PLKN 3.0 TAHUN 2025
Penting bagi calon peserta untuk mengetahui sama ada mereka layak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Kini, rakyat Malaysia boleh membuat semakan status nama boleh dilakukan secara dalam talian.
Untuk melakukan semakan, anda hanya perlu melayari laman web rasmi PLKN dan memasukkan maklumat yang diperlukan. Proses semakan ini sangat mudah dan cepat, serta membolehkan anda mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kelayakan anda dalam waktu yang singkat.
PLKN 3.0 bukan sahaja fokus kepada disiplin, tetapi turut memberikan penekanan kepada pembangunan kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari pelbagai kemahiran praktikal dan sosial yang berguna.
Hasil daripada latihan ini, generasi muda akan lebih siap untuk menghadapi cabaran semasa, serta lebih menghargai nilai-nilai kebangsaan dan patriotisme. Program khas ini disediakan khusus kepada golongan belia bagi memupuk jati diri dan cintakan negara.
APAKAH MODUL LATIHAN PLKN 3.0 ?
Bagi pengetahuan umum, latihan yang disediakan dalam program PLKN 3.0 merangkumi 3 modul seperti di bawah ;
- Fizikal – Melibatkan dari segi aspek kepimpinan, keyakinan, ketahanan diri serta aktiviti secara berkumpulan seperti kawad kaki. Latihan yang disediakan adalah seperti merempuh halangan, latihan pandu arah di dalam hutan, mendaki, menyeberang sungai dan pengenalan kepada jenis senjata api.
- Pembentukan watak / kenegaraan – Menyemai semangat patrotik meliputi sejarah, kedaulatan dan maruah negara.
- Khidmat masyarakat – Meliputi pelbagai aktiviti di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman agensi awam dan kempen kitar semula seperti aktiviti gotong royong.
PANDUAN CEK STATUS NAMA LAYAK ATAU TIDAK PLKN 3.0
Untuk makluman umum, rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 35 tahun boleh membuat semakan nama sama ada layak atau tidak menyertai program PLKN. Panduan semakan adalah seperti berikut ;
- Sila layari laman portal rasmi PLKN 2025 – https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Masukkan no kad pengenalan (12 digit)
- Klik butang Semak dan status kelayakan anda sama ada layak atau tidak akan dipaparkan pada skrin
- Jika terpilih maklumat akan dipaparkan seperti ini (Tahniah, anda terpilih menyertai PLKN 3.0).
Kepada calon yang terpilih, untuk meneruskan pendaftaran sila rujuk dan ikuti panduan yang telah disediakan pada halaman tersebut. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program ini, anda boleh hubungi talian khas PLKN di – 03 4013 3613 / 03 4013 3618.
MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah perkenalkan pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Semakan Status PLKN 3.0 : Cek Nama Layak Atau Tidak appeared first on Carianterbaru.