BANTUANFasa 4STR

Semakan Status Bayaran STR Fasa 4 Anda Sekarang!

Semakan Status Bayaran STR Fasa 4 anda boleh dilakukan sekarang kerana pengkreditan telah dilaksanakan bermula 18 Oktober 2025.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4

STATUS STR FASA 4

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 telahpun mula disalurkan secara berperingkat bermula hari ini. Kategori penerima yang layak adalah dari golongan belia bujang, warga emas dan isi rumah.

Pemberian STR fasa keempat ini memberi manfaat kepada 8.8 juta penduduk Malaysia dari kumpulan B40, M40 dan miskin. Kadar bayaran yang dikreditkan adalah dari RM150 sehingga RM700, nilai ditentukan mengikut kelayakan kategori.

Bayaran STR fasa 4 ini telah diawalkan sempena sambutan perayaan Deepavali atau pesta cahaya yang berlangsung pada 20 Oktober ini. Fasa 4 ini merupakan bayaran terakhir STR bagi sesi tahun 2025.

KADAR BAYARAN STR FASA 4 YANG DIKREDITKAN

Sebagai panduan, berikut adalah kadar bayaran yang dikreditkan mengikut setiap kategori penerima,

ISI RUMAH PENDAPATAN DIBAWAH RM2500

  • RM200 – Tiada anak
  • RM350 – Tanggungan anak 1-2
  • RM500 – Tanggungan anak 3-4
  • RM700 – Tanggungan anak lebih 5

ISI RUMAH PENDAPATAN DIBAWAH RM5000

  • RM100 – Tiada anak
  • RM200 – Tanggungan anak 1-2
  • RM250 – Tanggungan anak 3-4
  • RM350 – Tanggungan anak lebih 5

WARGA EMAS/ ORANG TUA TIADA PASANGAN

  • RM150

BELIA BUJANG 21 TAHUN KEATAS

  • RM150

Nota : Kadar bayaran diatas telah mula disalurkan secara berperingkat ke dalam akaun bank setiap penerima bermula hari ini. Bagi mereka yang tiada kad bank, tuntutan secara tunai boleh dibuat di kaunter BSN bermula 21 Oktober 2025.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 SEKARANG

Setiap individu yang merupakan penerima STR pada tahun ini boleh membuat semakan status bayaran akaun anda secara online. Untuk cek sama ada duit bantuan telah dikreditkan ke dalam akaun bank anda atau belum, sila layari laman portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Info penting : Kepada penerima STR yang tidak pernah kemaskini maklumat, anda perlu melakukannya bagi memastikan bantuan tunai ini masih diterima bagi sesi 2026.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di halaman utama atau sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info lanjut.

The post Semakan Status Bayaran STR Fasa 4 Anda Sekarang! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button