Semakan Status Bantuan YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan sepanjang tahun ini.
SEMAKAN STATUS BANTUAN YPJ
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah menawarkan pelbagai program inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada para pelajar. Antara inisiatif yang ditawarkan adalah seperti bantuan kewangan, biasiswa dan peluang pendidikan.
Bantuan-bantuan ini disediakan adalah bagi meringankan beban kos dan membuka lebih banyak peluang untuk mencapai kejayaan. Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini.
SEMAKAN SENARAI INISIATIF BANTUAN YPJ
Terdapat banyak inisiatif yang ditawarkan oleh YPJ boleh dimohon sepanjang tahun ini. Berikut dikongsikan senarai bantuan yang ada disediakan khas untuk para pelajar yang memerlukan.
1 – BANTUAN LAPTOP SISWA
Inisiatif berbentuk bantuan komputer riba kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi. Permohonan dibuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.
2 – SKIM BANTUAN PENDAFTARAN
Bantuan pendaftaran sebanyak RM500 untuk pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semester pertama. Permohonan dibuka kepada pelajar peringkat Institusi Awam / Kerajaan, kolej dibawah KPYPJ dan kolej matrikulasi sahaja.
3 – INSENTIF ONE-OFF MAHASISWA ANAK JOHOR
Bantuan sekaligus RM200 disediakan khusus kepad pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS (KYPJ & KUIJSI) sahaja. Permohonan dibuka sepanjang tahun pada tarikh yang ditetapkan.
4 – PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGERI
YPJ menyediakan pembiayaan pendidikan dalam negeri untuk pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara. Permohonan dibuka sepanjang tahun ini pada tarikh yang ditetapkan.
CARA DAFTAR BANTUAN YPJ 2025
Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa selagi masih dibuka. Panduan ringkas cara mohon telah disediakan seperti di bawah :
- Layari laman portal rasmi YPJ di https://bantuan-ypj.com/portal/
- Pilih jenis bantuan yang bersesuaian untuk anda dapatkan dengan keperluan pendidikan.
- Isi borang permohonan pada ruang yang disediakan, lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Pastikan dokumen-dokumen penting yang diperlukan disediakan bagi memudahkan urusan semakan permohonan.
- Hantar permohonan dan tunggu maklum balas YPJ dalam masa terdekat.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun ini ramai pelajar telah berjaya dapatkan pelbagai inisiatif bantuan untuk keperluan pendidikan mereka. Untuk rujukan lebih banyak bantuan sila ke laman utama atau sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk lebih lanjut.
The post Semakan Status Bantuan YPJ Untuk Yang Berkelayakan appeared first on Carianterbaru.