BANTUANi-SuriKWSPSuri Rumah

Bantuan Suri Rumah RM300 : Semak Maklumat Lengkap Disini

Bantuan Suri Rumah RM300 : pihak kerajaan telah melancarkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai i-Suri KWSP. Untuk makluman umum, i-suri ini merupakan salah satu skim kemudahan yang disediakan pada tahun ini untuk suri rumah.

BANTUAN SURI RUMAH RM300 SETAHUN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan pelbagai kemudahan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Salah satu program skim kemudahan yang boleh disertai adalah melalui i-suri KWSP.

Program ini merupakan asas sebagai perlindungan kewangan bagi setiap suri rumah dan mendapat insentif sehingga RM300 setahun. Golongan wanita yang berstatus suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di bawah i-suri serta menerima insentif khas daripada pihak kerajaan.

Perlaksanaan kemudahan ini adalah bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah dan secara tidak langsung mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

FAEDAH & KELEBIHAN BANTUAN SURI RUMAH (I-SURI)

Antara manfaat dan faedah yang boleh didapatkan dalam kemudahan i-suri KWSP pada tahun ini adalah seperti berikut :

  • Menerima insentif istimewa sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman
  • Dapat insentif sehingga maksimum RM300 dalam tahun (semasa)
  • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
  • Menerima Bantuan kematian – tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
  • Pelepasan cukai – tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Nota : Had insentif seumur hidup sebanyak RM3000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu. Perkara ini tertakluk kepada terma dan syarat dari kerajaan.

SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN SURI RUMAH

Berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program i-suri KWSP seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam bank data kemiskinan nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini.

PANDUAN MENDAFTAR I- SURI KWSP

Kepada mereka yang berkelayakan, kalian disarankan mendaftar kemudahan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – I-SURI KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Suri Rumah RM300 : Semak Maklumat Lengkap Disini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button