SARA RM100 One-Off : Semakan kelayakan kini dibuka bermula hari ini kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas. Untuk makluman, seramai 22 juta pemegang Mykad negara Malaysia layak menerima manfaat bantuan ini.
PEMBERIAN SARA RM100 ONE-OFF
Kerajaan MADANI telah mengumumkan perlaksanaan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off. Pemberian insentif ini akan dikreditkan pada 31 Ogos 2025 ke dalam setiap mykad penerima yang layak.
Amaun bantuan ewallet RM100 tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara. Tempoh sah penggunaan bantuan ini adalah sehingga 31 Disember 2025.
Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya layak menerima insentif ini tanpa sebarang permohonan. Lebih menarik adalah pada bulan Ogos ini semua kategori penerima SARA akan menerima bayaran lebih banyak berbanding bulan sebelum.
KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100
Berikut adalah syarat asas kelayakan pemberian SARA untuk semua :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Tiada syarat kelayakan pendapatan
- Pemegang Mykad yang sah.
Adakah perlu memohon SARA one-off?
Jawapan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan diberikan secara automatik kepada semua rakyat berumur diatas 18 tahun.
KATEGORI BARANGAN SARA YANG DILULUSKAN
Untuk makluman umum, berikut adalah 14 jenis kategori barangan keperluan asas yang diluluskan :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Biskut
- Tepung
- Mi segera
- Minuman (seperti teh, kopi, susu)
- Bahan perasa (seperti kicap, sos, garam, gula)
- Makanan dalam tin (Seperti tuna, sardin)
- Produk penjagaan diri (seperti sabun, ubat gigi, shampoo)
- Ubat-ubatan yang diluluskan KKM
- Barang keperluan sekolah (seperti kasut, pakaian, beg, alat tulis)
- Barangan asas kebersihan rumah (seperti sabun baju, pinggan mangkuk, lantai)
Bila tempoh perlaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-off ini?
Jawapan : Perlaksaaan bantuan SARA one-off RM100 ini bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN KELAYAKAN SARA ONE-OFF KINI DIBUKA
Kepada orang ramai jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat SARA RM100 secara percuma ini. Semakan status kelayakan kini dibuka, anda boleh cek melalui laman portal rasmi – https://sara.gov.my/
KESIMPULAN
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan!
The post SARA RM100 One-Off : Semakan Kelayakan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.