Saman JPJ Perlu Dibayar Sebelum 30 Disember 2025
Saman JPJ Perlu Dibayar sebelum tarikh 30 Disember 2025 bagi mengelakkan nama disenarai hitam dan lesen digantung. Kepada mereka yang mempunyai saman dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disarankan untuk selesaikannya sebelum memasuki tahun 2026.
SEMUA SAMAN JPJ PERLU DIBAYAR

Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke mensarankan dan menggesa agar orang ramai menyelesaikan baki saman JPJ yang tertunggak. Dengan adanya program diskaun saman yang ditawarkan selama tempoh 2 bulan sebelum 30 Disember dapat membantu individu menyelesaikannya.
Bermula 1 Januari 2026, mereka yang gagal selesaikan saman JPJ berisiko disenarai hitam dan banyak perkara akan terbatas. Mengikut data, lebih 5.5 juta sama yang dikeluarkan oleh JPJ masih belum diselesaikan sehingga November ini.
Jumlah saman tertinggi dibawah notis JPJ (P) 22 adalah dengan lebih 3 juta sama tertunggak diikuti kompaun AwAS lebih 1 juta saman. Selepas 1 Januari 2026 kalau masih ada saman lama tertunggak yang belum dijelaskan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh disenarai hitam.
Bermaksud golongan ini tidak boleh memperbaharui lesen mereka dan ini akan diintegrasikan dalam sistem MySikap. Kepada yang mempunyai saman JPJ tertunggak, jangan lepaskan peluang untuk membayar pada tempoh adanya program diskaun sehingga Disember tahun ini.
DISKAUN SAMAN JPJ BOLEH DIBAYAR ONLINE

Berita baik untuk orang ramai, bermula 1 November sehingga 30 Disember 2025 pihak JPJ telah tawarkan bayaran diskaun saman tertunggak. Diskaun ini untuk semua jenis saman kecuali saman tidak boleh dikompaun.
Tawaran diskaun sebanyak 50% dari harga asal pembayaran saman yang berkompaun. Perlaksanaan diskaun ini adalah bagi menutup tahun ini dengan sistem yang lama.
Mulai tahun hadapan kaedah bayaran saman baharu ”The less you delay, the less you pay” dengan makna mereka yang membayar saman awal akan dapat pengurangan kadar. Kepada individu yang mempunyai saman JPJ tertunggak anda boleh selesaikannya dalam tempoh 2 bulan ini.
Kaedah semakan dan pembayaran saman JPJ boleh dilakukan secara online melalui :
- Aplikasi MyJPJ
- Laman awam MySikap
- Kios JPJ seluruh negara
- Kaunter cawangan JPJ.
Untuk lebih butiran anda boleh layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di https://www.jpj.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih informasi.
The post Saman JPJ Perlu Dibayar Sebelum 30 Disember 2025 appeared first on CARIANTERBARU.