Rumah Mampu Milik B40 & M40 : Syarat Kelayakan Terkini
Rumah mampu milik B40 & M40 merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu kelompok berpendapatan rendah dalam memiliki kediaman sendiri. Hal ini penting dalam meningkatkan kesejahteraan hidup dan mengurangkan beban kewangan.
Dengan pelbagai program yang ditawarkan, golongan B40 kini dapat mengakses rumah dengan harga berpatutan.
PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK UNTUK B40 & M40
Kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti Skim Rumah Pertamaku dan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia. Program-program ini dirancang untuk menyediakan rumah mampu milik dengan harga yang bersesuaian bagi mereka yang berada dalam kategori B40.
Melalui subsidi dan bantuan kewangan, mereka berpeluang untuk memiliki rumah yang selesa. Memiliki rumah sendiri bukan sahaja memberikan kestabilan kepada individu atau keluarga, tetapi juga membina aset untuk masa depan.
Rumah mampu milik B40 membantu meringankan isu kebajikan dan menyediakan tempat perlindungan yang diperlukan. Dengan memiliki kediaman, golongan ini dapat merancang kehidupan dengan lebih baik tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.
MANFAAT DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK
Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh didapatkan dalam program perumahan mampu milik ;
- Projek perumahan kebiasaannya dibina di lokasi strategik dan berdekatan dengan kemudahan asas
- Harga seunit rumah lebih rendah berbanding harga pasaran
- Mendapatkan pinjaman mudahan dan kadar bayaran bulanan lebih rendah
- Kebanyakan program perumahan rakyat diutamakan kepada golongan yang belum memiliki rumah.
SYARAT KELAYAKAN TERKINI DAFTAR RUMAH MAMPU MILIK
Setiap program telah menetapkan syarat-syarat kelayakan, berikut dikongsikan kriteria asas permohonan ;
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 18 tahun dan keatas semasa permohonan
- Pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM5000
- Belum pernah memiliki kediaman sendiri
- Bukan pemilik bersama hartanah lain.
PENDAFTARAN PERMOHONAN PERUMAHAN B40 & M40
Kepada anda yang berminat permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman web rasmi kerajaan. Dibawah disediakan panduan lengkap daftar mengikut program yang ditawarkan ;
- Program perumahan PR1MA – https://www.pr1ma.my/
- Program perumahan rakyat (PPR) – https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/ppr_dimiliki
- Program perumahan rakyat Sejahtera (PPRS) – https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/
Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima notifikasi dan akan dipanggil untuk taklimat berkenaan program rumah.
LEBIH INISIATIF
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Rumah Mampu Milik B40 & M40 : Syarat Kelayakan Terkini appeared first on Carianterbaru.