RM300 Untuk Keluarga B40 Dikreditkan Ogos Ini
RM300 untuk keluarga B40 dikreditkan Ogos ini melalui program bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mykasih. Untuk makluman umum, SARA adalah merupakan bantuan tambahan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
BAYARAN RM300 UNTUK KELUARGA B40
Kepada yang terlepas pandang, pada bulan Ogos ini, kategori isi rumah (keluarga) berstatus B40 akan menerima jumlah bayaran SARA sebanyak RM300. Kadar tersebut adalah RM100 bulanan SARA, RM100 suami dan RM100 isteri SARA one-off.
Pembayaran SARA one-off dikreditkan pada tarikh 31 Ogos 2025 manakala bayaran bulanan SARA dikreditkan pada setiap 1 haribulan. Nilai bantuan ewallet ini disalurkan secara automatik ke dalam mykad setiap penerima.
Orang ramai disarankan menjaga kad pengenalan / mykad agar tidak berlaku sebarang kerosakan untuk memudahkan urusan semakan semasa bayaran. Bantuan SARA ini boleh digunakan di semua pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN UNTUK SARA
Antara syarat utama kelayakan penerima SARA adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia – Penerima adalah berstatus warganegara Malaysia
- Penerima STR sahaja – SARA hanya diberikan kepada individu yang menerima bayaran STR
- Berada dalam kelompok B40, M40 dan miskin
- Kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
Nota : Lebih 5 juta penduduk Malaysia layak menerima insentif Sumbangan Asas Rahmah bulanan. Manakala lebih 22 juta rakyat Malaysia layak menerima bayaran SARA one-off sebanyak RM100.
KADAR BAYARAN UNTUK BUJANG, ISI RUMAH & KELUARGA B40
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran yang akan diterima mengikut setiap kategori :
- ISI RUMAH B40 : RM100
- ISI RUMAH MISKIN : RM200
- WARGA EMAS B40 : RM50
- WARGA EMAS MISKIN : RM150
- BUJANG : RM50
- RM100 ONE-OFF : UNTUK SEMUA INDIVIDU BERUMUR 21 TAHUN KEATAS.
SEMAKAN STATUS UNTUK BAYARAN SARA
Anda boleh membuat semakan status bayaran SARA sepanjang tahun ini untuk kemaskini maklumat, Untuk cek berapa baki dan bayaran masuk pada bulan ini, sila layari laman portal rasmi – https://sara.gov.my/
LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan bermacam program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada orang ramai. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan di halaman utama!
The post RM300 Untuk Keluarga B40 Dikreditkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.