BANTUANBWEJKMWarga Emas

Rasmi : Bantuan Bulanan RM500 Ditawarkan dalam Program BWE

Rasmi : Bantuan Bulanan RM500 ditawarkan dalam program BWE yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Tahukah kalian, bantuan BWE ini merupakan sebahagian inisiatif di bawah Belanjawan 2024.

RASMI : BANTUAN BULANAN RM500 (BWE)

Kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program insentif kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Program BWE ini masih diteruskan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup mereka yang kurang berkemampuan. Dengan adanya pemberian sumbangan bantuan bulanan RM500 ini, akan dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat pada tahun ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN BULANAN BWE

Kepada pemohon yang lulus permohonan, mereka akan menerima insentif bantuan berjumlah RM500. Amaun tersebut akan dikreditkan secara automatik setiap bulan selagi mereka berkelayakan mendapatkannya.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BULANAN RM500

JKM telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang perlu dipatuhi sebelum memohon bantuan BWE ini seperti :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Berada dalam kategori warga emas/ orang tua
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian yang menyediakan kelengkapan perkhidmatan secara percuma.

Nota : Perlaksanaan semua jenis bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia.

PANDUAN MOHON BANTUAN BULANAN BWE

Kepada warganegara Malaysia yang menepati kriteria kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini untuk dapatkan manfaat yang disediakan. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahu info lengkap maklumat.

The post Rasmi : Bantuan Bulanan RM500 Ditawarkan dalam Program BWE appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button