BANTUANSkim Mesra

Program Skim Mesra 2025 Menyediakan Bantuan RM150

Program Skim Mesra 2025 adalah merupakan satu inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2009. Dengan tujuan untuk membantu golongan kurang mampu, program ini memainkan peranan penting dalam meringankan beban keperluan harian rakyat.

Kedudukan program ini terus kukuh seiring dengan perkembangan tahun dan masih diteruskan sehingga tahun ini.

INISIATIF PROGRAM SKIM MESRA 2025

Antara manfaat utama yang boleh dinikmati oleh peserta dalam program skim mesra adalah bantuan beli belah berjumlah RM150 setahun. Ini membolehkan penerima untuk membeli barangan keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan pelbagai lagi.

Program ini bukan sahaja membantu dalam aspek kewangan tetapi juga meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhannya. Dengan adanya inisentif ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban perbelanjaan.

Komitmen kerajaan negeri Selangor terhadap program ini menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan rakyat. Dengan mengaplikasikan sistem yang telus dan adil, penerima yang layak dapat merasa manfaat ini tanpa sebarang kesulitan.

Harapan bagi Skim Mesra 2025 adalah untuk terus memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan dalam jangka masa yang lebih lama.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN SKIM MESRA 2025

Untuk makluman umum, terdapat 2 kategori yang disediakan dalam program ini iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim mesra Insan Istimewa (SMIS). Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun keatas (untuk permohonan SMUE)
  • Tiada had kelayakan umur bagi program SMIS
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor
  • Pengundi berdaftar di Selangor.

Bagi pengetahuan umum, baucar beli belah RM150 ini diberikan secara berperingkat sepanjang tahun ini seperti di bawah ;

  • Fasa 1 – Tuntutan dibuka bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2025
  • Fasa 2 – Tuntutan dibuka bermula 1 April hingga 30 Jun 2025
  • Fasa 3 – Tuntutan dibuka bermula 1 Julai hingga 30 September 2025
  • Fasa 4 – Tuntutan dibuka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.

Untuk lebih butiran dan panduan lengkap, anda boleh rujuk pada laman rasmi – https://mesra.yawas.com.my/

LEBIH INFORMASI

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Program Skim Mesra 2025 Menyediakan Bantuan RM150 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button