Program MyLesen Memandu Percuma untuk Belia B40
Program MyLesen Memandu Percuma adalah sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan belia yang tergolong dalam kategori B40. Inisiatif ini memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh lesen memandu motorsikal kelas B2 tanpa perlu menanggung kos yang tinggi.
PROGRAM MYLESEN MEMANDU PERCUMA
Sejak tahun lalu kerajaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan program MyLesen B2 kepada rakyat yang memerlukan. Pada tahun ini program telah diperluaskan untuk golongan B40 dan kuota dibuka kepada 15,000 peserta.
Dengan adanya program ini, belia B40 dapat menimba kemahiran penting dalam memandu motorsikal, yang bukan sahaja menyokong mobiliti mereka tetapi juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas. Oleh kerana kerajaan menanggung sepenuhnya kos yang terlibat, peserta tidak akan tertekan dengan beban kewangan.
Untuk menyertai program MyLesen, calon harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Proses pendaftaran adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui pusat pendaftaran yang ditetapkan.
Pastikan anda mengikuti semua langkah yang diberikan untuk mengesahkan penyertaan anda.
SYARAT KELAYAKAN MOHON MYLESEN
Penyertaan program mylesen ini terbuka kepada ;
- Warganegara Malaysia sahaja
- Belia berumur 16 hingga 30 tahun
- Pendapatan di bawah RM2,500 sebulan
- Berstatus golongan / kategori B40
- Sihat fizikal dan mental
- Golongan OKU yang mampu memandu
- Bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.
Nota : Jika anda berminat, permohonan boleh dikemukakan selagi masih dibuka. Panduan lengkap anda boleh rujuk pada laman rasmi – MyLesen (JPJ) untuk info selengkapnya.
The post Program MyLesen Memandu Percuma untuk Belia B40 appeared first on Carianterbaru.