Inisiatif KerajaanLesen MemanduMyLesen

Program Lesen Memandu Percuma untuk Rakyat Malaysia 2025

Program lesen memandu percuma – Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kesinambungan bagi sesi 2025, yang dikenali sebagai MyLesen B2. Ini adalah inisiatif bagi membantu rakyat, khususnya golongan B40, yang masih belum memiliki lesen memandu kelas motorsikal.

INISIATIF PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA

Kemudahan program khas ini merupakan langkah positif untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan lesen dengan kos yang minimum.

Program MyLesen B2 ini dijalankan untuk memberi manfaat kepada golongan B40 yang sering kali menghadapi halangan kewangan untuk mendapatkan lesen. Dengan adanya program ini, mereka tidak perlu risau tentang kos latihan dan pendaftaran, yang sering menjadi beban.

Di samping itu, ini juga membantu mereka untuk meningkatkan peluang pekerjaan, kerana lesen memandu adalah syarat penting untuk banyak pekerjaan di luar sana. Untuk makluman umum, sepanjang tahun 2024, kerajaan negeri-negeri seluruh Malaysia telah melaksanakan program ini dan sambutan sangat memberangsangkan.

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA

Berikut adalah kriteria asas syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program MyLesen B2 :

  • Calon adalah merupakan warganegara malaysia
  • Berumur di atas 16 tahun
  • Berada atau tergolong dalam kategori B40
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Tidak berada dalam list senarai hitam JPJ, PDRM atau mahkamah
  • Sihat dari segi fizikal dan mental.

Kerajaan berharap agar program ini dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada mereka yang layak. Dengan memberi kemudahan kepada rakyat untuk memiliki lesen memandu, diharapkan dapat mengurangkan jumlah individu yang tidak berlesen di jalan raya.

Ini adalah satu usaha berterusan untuk meningkatkan keselamatan lalu lintas dan mobiliti dalam negara. Untuk maklumat lebih lanjut, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai program ini melalui laman web dan platform media sosial rasmi kerajaan.

PANDUAN DAFTAR PROGRAM MYLESEN B2

Bagi pengetahuan umum, program ini bagi sesi 2024 telahpun selesai dan tamat dilaksanakan. Permohonan dan pendaftaran akan dibuka semula pada awal tahun 2025, jangan lepaskan peluang untuk menyertai bagi mendapatkan manfaat secara percuma ini.

Untuk rujukan selengkapnya berkenaan program ini, sila layari laman portal rasmi – MyLesen B2 dan segala maklumat terkini akan dikemaskini di halaman tersebut.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon segera – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Lesen Memandu Percuma untuk Rakyat Malaysia 2025 appeared first on Carianterbaru.

Back to top button