Program KAHA 2025 : Agihan bantuan modal perniagaan sebanyak RM4,000 hingga RM4,500 one-off kepada golongan asnaf. Untuk makluman umum, program KAHA ini diperkenalkan dibawah kendalian pihak MAIDAM pada tahun ini.
PROGRAM KAHA 2025

Baru-baru ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melancarkan pemberian bantuan KAHA 2025. Inisiatif khas ini memperuntukan sebanyak RM16.5 juta bagi agihan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dari golongan asnaf fakir dan miskin.
Program Konvoi Agihan Hak Asnaf Fakir Miskin (KAHA) MAIDAM 2025 adalah untuk golongan yang kurang berkemampuan. Antara insentif yang diagihkan adalah bantuan modal perniagaan sebanyak RM4,500 secara one-off.
Perlaksanaan program KAHA ini dilancarkan di semua daerah di seluruh negeri Terengganu menandakan simbol kesatuan zakat demi kesejahteraan ummah. Dengan adanya inisiatif ini bertujuan menyalurkan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan miskin.
KAHA MAIDAM 2025 telah perkenalkan kaedah agihan bantuan secara tanpa tunai atau (cashless) bagi memudahkan urusan pembayaran bantuan kepada penerima. Mereka yang terlibat boleh menebus bantuan melalui rangkaian panel yang dilantik oleh pihak MAIDAM dengan menggunakan pengesahan kad pengenalan.
AGIHAN BANTUAN KAHA MAIDAM 2025
Untuk makluman umum, pembayaran bantuan ini dilaksanakan dalam 2 fasa sepanjang tahun ini. Berikut adalah butiran berkenaan jadual bayaran bantuan dari program KAHA MAIDAM 2025 :
Fasa Pertama
- Tarikh perlaksanaan : 1 Januari – 31 Ogos 2025
- Peruntukan bantuan : Berjumlah RM13,448,600
- Jumlah penerima : Agihan disalurkan kepada 25,162 Ketua Isi Rumah (KIR)
Fasa Kedua
- Tarikh perlaksanaan : 1 September – 31 Disember 2025
- Peruntukan bantuan : Berjumlah RM3,000,000
- Jumlah penerima : Agihan disalurkan kepada 5,000 Ketua Isi Rumah (KIR).
Nota : Pemberian bantuan KAHA ini adalah untuk golongan asnaf fakir miskin di negeri Terengganu sahaja. Kepada penduduk negeri Terengganu yang berkeperluan, anda boleh semak senarai inisiatif yang disediakan oleh pihak MAIDAM.
Untuk butiran lebih lengkap berkenaan program yang ditawarkan dan boleh dimohon, sila layari laman pautan rasmi MAIDAM di https://www.maidam.gov.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif bantuan yang boleh dinikmati oleh penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih informasi.
The post Program KAHA 2025 : Agihan Bantuan Modal Perniagaan appeared first on CARIANTERBARU.