Program Geran Pelancaran JKM : Bantuan RM2700 One-Off
Program Geran Pelancaran JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) merupakan inisiatif untuk membantu golongan B40 yang berhasrat untuk memulakan perniagaan. Dengan bantuan kewangan berjumlah RM2700 secara one-off, individu yang layak dapat mengurangkan bebanan kewangan mereka ketika memulakan usaha baru.
Program ini dibuka sepanjang tahun 2025, memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan.
PROGRAM GERAN PELANCARAN JKM
Ramai yang tidak tahu, pihak JKM telah menawarkan pelbagai program dan inisiatif yang boleh dimohon oleh orang awam terutama golongan memerlukan. Salah satu program yang ditawarkan adalah bantuan geran pelancaran RM2700.
Kelayakan untuk memohon program geran pelancaran ini terbuka kepada individu yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh JKM. Mereka yang mempunyai idea perniagaan yang jelas dan komited untuk mencapai kejayaan adalah digalakkan untuk memohon.
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan yang biasanya dihadapi oleh usahawan baru, sekaligus membolehkan mereka memulakan perniagaan dengan lebih yakin.
APA SYARAT UTAMA KELAYAKAN MOHON PROGRAM GERAN PELANCARAN?
Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam bantuan GP RM2700 ini adalah seperti berikut ;
- Pemohon wajib merupakan Warganegara Malaysia
- Kelayakan umur – Minimum 18 tahun semasa pendaftaran
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK, keutamaan golongan gaji rendah
- Mempunyai rancangan perniagaan yang jelas dan berpontensi
- Tidak menerima bantuan geran yang lain.
CARA MOHON BANTUAN GERAN PELANCARAN
Bagi mereka yang berminat untuk memohon, proses permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi – eBantuan JKM. Setelah mengisi borang permohonan yang diperlukan dan melengkapkan dokumen sokongan, individu akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka.
Manfaat yang diperoleh melalui program geran pelancaran ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan, tetapi juga termasuk panduan dan nasihat perniagaan, yang sangat berguna untuk individu yang baru memasuki dunia perniagaan.
Untuk lebih informasi anda boleh rujuk pada laman rasmi ebantuan JKM atau hadir ke penjabat kebajikan masyarakat berdekatan anda.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Sila lihat senarai insentif-insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Program Geran Pelancaran JKM : Bantuan RM2700 One-Off appeared first on Carianterbaru.