Program Celik MADANI – Bantuan RM50 Untuk Pelajar
Program Celik MADANI adalah merupakan sebuah inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini.
PROGRAM CELIK MADANI
Untuk makluman umum program khas ini merupakan sebuah kemudahan yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dibawah belanjawan 2025. Program ini memberi manfaat kepada para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kolej Vokasional.
Dengan adanya program celik MADANI ini dapat mendedahkan maklumat berkenaan kepentingan pelaburan kepada pelajar. Mereka yang berjaya mendaftar program ini akan menerima bantuan percuma RM50 sebagai unit amanah sebagai pelaburan permulaan.
Pelaksanaan program istimewa ini menggalakan lagi pelajar untuk membuat pelaburan pada usia muda sebagai persediaan masa hadapan. Setiap pelajar hanya boleh dapatkan insentif RM50 ini sekali sahaja walaupun berpindah dari universiti ke universiti yang lain.
Kepada pelajar yang berumur dibawah 18 tahun, anda boleh buka akaun unit amanah di cawangan ASNB berdekatan. Anda perlu membawa mykad yang sah dan mykad penjaga, kedua-duanya perlu hadir semasa mendaftar.
KELAYAKAN MENDAFTAR PROGRAM CELIK MADANI
Program ini hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang berstatus pelajar semester 1 dan kelayakan asas adalah seperti berikut :
- Berumur 17 tahun keatas.
- Belum mempunyai mana-mana akaun unit amanah ASNB.
- Telah mempunyai akaun unit amanah ASNB tetapi masih belum mendaftar di aplikasi myASNB.
- Sudah mempunyai akaun unit amanah ASNB dan telah mendaftar di aplikasi myASNB.
- Pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat diploma di Institusi Kolej Vokasional, Politeknik, Kolej komuniti.
- Pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi Universiti Awam dan Universiti berkaitan Kerajaan (GLU).
PANDUAN MEMOHON
Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang dapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini. Panduan memohon telah disediakan seperti dibawah :
- Pelajar yang belum mempunyai akaun unit amanah ASNB boleh mendaftar akaun melalui aplikasi MyASNB.
- Untuk pelajar yang sudah mempunyai akaun unit amanah ASNB, anda hanya perlu pastikan maklumat anda sentiasa dikemaskini sebelum menebus RM50.
- Panduan daftar akaun ASNB dan di aplikasi ASNB boleh didapati dalam ‘kit selamat datang’ yang disediakan oleh ASNB.
Untuk panduan lengkap berkenaan program celik MADANI ini anda boleh rujuk pada laman portal rasmi https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/celik-MADANI
MAKLUMAT LANJUT
Selain program ini terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon, sila ke laman utama!
The post Program Celik MADANI – Bantuan RM50 Untuk Pelajar appeared first on Carianterbaru.