Program Bantuan Lesen Percuma Untuk Golongan B40
Program Bantuan Lesen Percuma untuk golongan B40 disediakan melalui MyLesen B2 yang boleh dimohon sepanjang tahun ini. Untuk makluman umum, program mylesen b2 ini adalah salah satu inisiatif dibawah bajet Belanjawan.
PROGRAM BANTUAN LESEN PERCUMA

Kepada individu terutama golongan belia yang belum mempunyai lesen memandu, anda boleh mohon untuk dapatkan manfaat dari program mylesen B2. Inisiatif istimewa ini menawarkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas motorsikal B2 secara percuma.
Program lesen memandu percuma ini dilaksanakan oleh kerajaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Permohonan dibuka mengikut negeri dan fasa yang telah ditetapkan oleh setiap negeri.
Pada tahun ini peruntukan sebanyak 15,000 kuota peserta ditawarkan kepada mereka yang belum memiliki lesen dan berstatus kumpulan B40 berkeperluan. Semua kos ujian dan latihan memandu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sehingga memiliki lesen memandu motorsikal.
SYARAT LAYAK DAFTAR BANTUAN LESEN PERCUMA
Kepada yang berminat, anda perlu memenuhi kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program MyLesen B2 tahun ini seperti berikut :
- Kewarganegaraan : Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang sah
- Kelayakan umur : Terbuka kepada individu berusia 16 tahun hingga 35 tahun
- Status kesihatan : Sihat dari segi fizikal dan mental untuk menunggang motorsikal
- Pendapatan : Berada dalam kelompok keluarga B40 dan berkeperluan
- Keutamaan : Program ini ditawarkan khusus kepada pelajar sekolah menengah, pelajar IPT dan golongan belia
- Lesen : Pemohon tidak memiliki sebarang lesen memandu semasa permohonan dikemukakan
- Saman : Bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.
Kepada peserta yang berjaya menyertai program mylesen B2 ini akan menerima manfaat (semua kos ditanggung) seperti :
- Ujian memandu secara teori dan praktikal
- Yuran latihan amali dan teori JPJ
- Pendaftaran lesen memandu motorsikal kelas B2 (tidak melebihi 250 c.c).
PANDUAN DAFTAR MYLESEN PERCUMA
Individu boleh mengemukakan pendaftaran permohonan mylesen secara dalam talian mengikut panduan dibawah :
- Layari laman portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/
- Pergi ke bahagian program mylesen dan muat turun borang permohonan
- Sila isi borang pada ruangan yang disediakan
- Sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan
- Pastikan borang lengkap diisi dan hantar permohonan
- Maklum balas permohonan diluluskan akan diberitahu dalam masa terdekat jika layak
- Pemohon perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan bagi memastikan permohonan tidak terbatal.
Nota : Program mylesen ini dibuka selagi kuota masih ada dan akan ditutup setelah mencapai kuota. Pembukaan pendaftaran seteruskan akan dibuka pada fasa yang akan dimaklumkan, untuk semakan boleh rujuk laman rasmi JPJ.
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam kemudahan dan inisiatif bebentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih informasi bantuan.
The post Program Bantuan Lesen Percuma Untuk Golongan B40 appeared first on CARIANTERBARU.