Pengawas Peperiksaan STPMPermohonan

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM Dibuka!

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM bagi sesi 2025/2026 kini dibuka sehingga tarikh tutup pada 30 November 2025. Untuk makluman umum, tawaran latikan sebagai sukarelawan ini dibuka kepada orang ramai yang boleh dimohon pada bulan ini.

TAWARAN LANTIKAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN STPM

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada bulan ini membuka permohonan tawaran sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kepada individu yang berminat untuk berkhidmat boleh kemukakan permohonan bermula 14 November sehingga 30 November ini.

Apa yang menarik adalah mereka yang menjadi pengawas akan menerima bayaran ikhtisas (elaun) sebanyak RM100 bagi per sesi peperiksaan. Bukan itu sahaja, individu juga akan terima elaun perjalanan kenderaan pada kadar RM0.85 bagi setiap kilometer (terhad bagi 500 km sahaja).

Kepada yang berminat, anda boleh kemukakan permohonan melalui pautan rasmi di sini – https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/

Pastikan anda menepati syarat kelayakan sebelum memohon bagi memastikan anda benar-benar layak bagi memudahkan permohonan diterima.

KELAYAKAN PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN STPM

Syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 19 tahun sehingga tidak melebihi 65 tahun
  • Tidak menduduki peperiksaan semasa bertugas sebagai sukarelawan pengawas
  • Dapat memberikan komitmen sepenuhhnya semasa peperiksaan berlangsung
  • Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM atau setaraf
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tidak mempunyai rekod jenayah atau disiplin
  • Berpewatakan kemas dan beretika
  • Keutamaan kepada individu yang mempunyai kenderaan
  • Pelantikan petugas adalah sebagai pengawas peperiksaan sahaja.

Sebagai panduan umum, tawaran latikan ini terbuka kepada :

  1. Pesara kerajaan (Skim pegawai perkhidmatan pendidikan)
  2. Pelajar Intitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS)
  3. Lepasan IPTA/ IPTS/ Matrikulasi/ Asasi
  4. Cikgu sekolah menengah agama (SMA) kerajaan negeri/ sekolah swasta /MAktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  5. Pekerja kontrak kerajaan/ Anggota kumpulan pelaksana
  6. Kakitangan bukan kerajaan/ pesara kerajaan dan swasta.

Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk mohon sila layari pautan rasmi MPM di https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/

Tarikh permohonan : 14 November 2025 – 30 November 2025

Tarikh peperiksaan STPM Berlangsung : 20 Januari 2026 – 26 Februari 2026.

PENUTUP & LEBIH MAKLUMAT

Untuk lebih maklumat berkenaan tawaran ini anda boleh kunjungi laman web rasmi MPM atau layari laman utama carian RUJUK SINI untuk lebih informasi.

The post Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM Dibuka! appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button