Pengawas Peperiksaan SPMPermohonan

Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM Tahun 2025 Dibuka!

Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM Bagi tahun 2025 kini dibuka bermula 15 September 2025 sehingga 16 Oktober 2025.

PERMOHONAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM DIBUKA

PERMOHONAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM 2025

Untuk makluman umum, Lembaga Peperiksaan telah membuka tawaran permohonan kepada mana-mana individu yang berminat. Mereka yang ingin menjadi pengawas peperiksaaan SPM tahun ini boleh kemukakan permohonan.

Menteri Pendidikan telah mengumumkan pelantikan pengawas peperiksaan SPM bagi mengurangkan beban tugas cikgu. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat penting sebagai ujian untuk pelajar yang menentukan bidang yang bakal diambil selepas tamat sekolah.

Tawaran pelantikan secara sukarela ini diberikan khusus kepada pesara kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi tertakluk kepada kriteria kelayakan. Mereka yang dilantik akan menerima bayaran insentif ikhtisas dan tuntutuan perjalanan berdasarkan garis panduan.

TUGAS SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM

Antara kerja / tugas pengawas peperiksaan SPM adalah seperti berikut :

  1. Melihat dan mengawasi semua calon peperiksaan sepanjang masa berlangsung.
  2. Terlibat sebagai pembantu ketua pengawas peperiksaan bagi mengawal selia perjalanan peperiksaaan.
  3. Mengedar kertas dan bahan peperiksaan SPM mengikut keperluan.
  4. Iringi calon yang ingin ke tandas dan kembali ke dewan peperiksaan.
  5. Membantu semua hal berkenaan dalam dewan yang diarahkan oleh ketua pengawas semasa peperiksaan berlangsung.

SYARAT MOHON PENGAWAS PEPERIKSAAN

Berikut adalah kriteria syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Bebas dari sebarang rkod jenayah dan tindakan mahkamah.
  • Sihat dari segi fizikal dan mental (tidak mempunyai penyakit).
  • Permohonan dalam daerah yang sama – tidak boleh melebihi 25 kilometer.
  • Individu mempunyai kenderaan sendiri untuk ke dewan peperiksaan.

PANDUAN MUDAH MOHON

Kepada yang berminat dan ingin menjana pendapatan tambahan, anda boleh mencuba untuk daftar permohonan tawaran yang disediakan percuma ini. Panduan mudah mohon pengawas peperiksaan SPM 2025 telah disediakan seperti di bawah :

  1. Langkah pertama sila layari laman portal rasmi https://elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Kemudian daftar sebagai pengguna.
  3. Pilih butang ‘Sukarelawan’ pada bahagian halaman utama.
  4. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan hantar.
  5. Setiap permohonan yang diluluskan akan dipanggil untuk temuduga di pejabat pendidikan Daerah yang dimohon.

Kepada anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari tawaran ini. Permohonan boleh dikemukakan sebelum 16 Oktober 2025.

MAKLUMAT LANJUT

Banyak inisiatif, kemudahan dan program bantuan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, rujuk pada laman utama!

The post Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM Tahun 2025 Dibuka! appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button