Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Dibuka!
Permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia bagi sesi 2026 kini dibuka sehingga tarikh tutup pada 15 September 2025. Ini adalah peluang bagi pelajar yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang seni untuk meneruskan pendidikan mereka dalam suasana yang menyokong perkembangan kreatif dan inovatif.
PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI
Pendaftaran untuk kemasukan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon dikehendaki mengisi borang permohonan yang disediakan dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk salinan keputusan peperiksaan terdahulu.
Sekolah Seni Malaysia menawarkan pelbagai bidang akademik dan seni, termasuk muzik, tari, seni visual dan teater. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman, pelajar akan mendapat bimbingan dan latihan yang diperlukan untuk memperluaskan bakat mereka.
Di samping itu, sekolah turut menyediakan kemudahan yang membolehkan pelajar mengeksplorasi dan mengembangkan kreativiti mereka. Ia adalah satu langkah yang positif bagi pelajar yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang seni.
Kepada mereka yang mempunyai anak berumur 13 tahun jangan lepaskan peluang yang mungkin tidak akan datang lagi. Pastikan permohonan anda dihantar tepat pada masanya dan bersedia untuk perjalanan baru.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH SENI
Antara syarat permohonan yang telah ditetapkan adalah seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Calon wajib dari sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM
- Mempunyai bakat dan potensi dalam bidang kesenian seperti seni visual, tari, teater dan muzik
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Hanya permohona secara online akan diproses.
Syarat kemasukan ;
- Lulus ujibakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Kepada calon yang berjaya wajib menetap di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
- Wajib kemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak serta merta jika calon didapati memalsukan sebarang dokumen semasa pendaftaran.
CARA MOHON KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI
Kepada ibu bapa mempunyai anak yang mempunyai potensi dalam seni jangan lepaskan peluang untuk daftar masuk sekolah seni sesi 2026. Permohonan dibuka mulai 15 Julai hingga 15 September 2025 secara online.
Untuk kemukakan permohonan, sila layari laman portal rasmi – https://essem.moe.gov.my/
Jika mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi talian khas – 03 88841012 atau emel ke alamat mo*******@*****ov.my.
KESIMPULAN
Sepanjang tahun ini pelbagai program, kemudahan dan inisiatif telah disediakan kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan.
The post Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Dibuka! appeared first on Carianterbaru.