BINGKASeWallet

Permohonan eWallet BINGKAS RM300 Sebulan Dibuka Semula

Permohonan eWallet BINGKAS RM300 Sebulan dibuka semula kepada orang ramai bermula 1 November 2025 bagi pendaftaran baharu.

PROGRAM EWALLET BINGKAS RM300

PERMOHONAN EWALLET BINGKAS

Tahukah kalian bahawa kerajaan negeri Selangor telah menawarkan sebuah inisiatif bantuan ewallet kepada penduduk dari golongan B40 dan M40. Program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas ini merupakan insiatif berbentuk bantuan ewallet.

Kadar bantuan yang dikreditkan kepada setiap individu yang layak mohon adalah bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Amaun tersebut dikreditkan dalam edompet aplikasi Selangkah dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya.

Kerajaan negeri peruntukan bantuan ini dengan mensasarkan sekitar 30,000 buah keluarga sebagai penerima bantuan. Kepada mereka yang pendapatan dibawah RM5,000 sebulan boleh kemukakan permohonan baharu bermula 1 November ini.

MANFAAT & SYARAT LAYAK MOHON EWALLET BINGKAS

Dengan adanya inisiatif seperti Bingkas ini dapat memberi peluang meringankan beban kepada golongan B40 yang kurang berkemampuan. Bantuan bulanan ini mampu memberi ruang untuk keluarga bernafas dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Bermula tahun ini syarat-syarat kelayakan permohonan Bingkas telah dikemaskini seperti berikut :

  1. Status kewarganegaraan : Permohon adalah Warganegara Malaysia yang sah
  2. Menetap : Pemohon adalah anak kelahiran negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Tanggungan : Bantuan ini diberikan keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
  4. Pendapatan semasa : Gaji bulanan pemohon tidak melebihi 5,000 sebulan
  5. Pendaftaran pemilih : Individu yang ingin memohon wajib merupakan pemilih undi di Selangor.

PERMOHONAN EWALLET BINGKAS RM300

Kepada yang berminat dan berkeperluan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat inisiatif Bingkas ini secara percuma. Permohonan boleh dikemukakan secara seperti di bawah :

  1. Daftar secara dalam talian melalui Laman Portal Rasmi BINGKAS
  2. Daftar melalui aplikasi “Selangkah” yang boleh dimuat turun di App Store atau Google Play telefon anda.

Nota : Setiap pemohon yang lulus, mereka akan menerima bayaran bantuan sebanyak RM300 setiap bulan. Bantuan dikreditkan secara terus ke dalam ewallet Selangkah dan bantuan boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas.

Setiap penerima akan menikmati bantuan khas ini selama tempoh 24 bulan bersamaan 2 tahun sebelum pengemaskinian maklumat bagi pertimbangan lanjutan bantuan.

PENUTUP & LEBIH INFO

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada di laman utama atau sertai channel rasmi WhatsApp Carianterbaru untuk lebih info lanjut.

The post Permohonan eWallet BINGKAS RM300 Sebulan Dibuka Semula appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button