Permohonan Baru STR 2026 Dibuka! Bujang Terima SARA RM600
Permohonan baru STR 2026 kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang bukan penerima STR sebelum ini dan berkelayakan. Secara umumnya, bantuan STR ini boleh dimohon oleh warganegara Malaysia yang pendapatan bulanan dibawah RM5,000.
PERMOHONAN BARU STR 2026 DIBUKA
Kepada orang ramai kini boleh membuat pengemaskinian maklumat terkini dan pendaftaran baru STR bagi sesi tahun 2026. Jangan lepaskan peluang untuk memperbaharui maklumat bagi memastikan anda dapat untuk memanfaatkan bantuan yang disediakan secara percuma ini.
Pada tahun 2026, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia. Peruntukan sebanyak RM15 bilion ini akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan umur dan masyarakat.
Jumlah bayaran STR 2026 telah diubah kepada maksimum RM2,200 berbanding tahun sebelum RM2,500. Kategori penerima juga telah diubah dimana hanya warga emas dan isi rumah sahaja akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah.
Bagi kategori bujang 21 tahun keatas tidak akan menerima sebarang bayaran STR pada tahun hadapan. Namun kategori ini secara automatik layak menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada kadar RM600 setahun.
SYARAT BARU STR 2026
Berikut adalah kriteria syarat-syarat kelayakan permohonan baru STR bagi tahun 2026 :
- Kewarganegaraan : Pemohon baru adalah warganegara Malaysia
- Syarat umum : Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dikemukakan
- Status : Berkahwin, warga emas tiada pasangan atau duda/ janda/ balu
- Had pendapatan : Gaji tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Kelayakan mohon : Hanya individu yang bukan penerima STR 2025 sahaja boleh memohon.
Nota : Kepada penerima STR sedia ada, permohonan baru tidak diperlukan tetapi perlu kemaskini maklumat jika tidak pernah lakukan selama 3 tahun berturut-turut. Pastikan anda layak menerima STR kerana hanya penerima STR akan layak menerima bayaran SARA 2026.
JUMLAH BAYARAN STR & SARA TAHUN 2026

Kepada yang terlepas pandang, kami kongsikan maklumat berkenaan kadar jumlah keseluruhan bayaran STR dan SARA bagi sesi 2026 mengikut kategori :
JUMLAH BAYARAN STR 2026 :
- Kategori isi rumah B40 : RM700 – RM2,200 (Jumlah ditentukan mengikut bilangan anak)
- Kategori isi rumah B40 : RM200 – RM950 (Jumlah ditentukan mengikut bilangan anak)
- Kategori warga emas B40 & M40 : RM600
- Kategori bujang B40 : –
JUMLAH BAYARAN SARA 2026 :
- Kategori isi rumah B40 : RM1,200
- Kategori isi rumah miskin : RM2,400
- Kategori warga emas B40 : RM600
- Kategori warga emas miskin : RM1,800
- Kategori bujang B40 : RM600
- Kategori bujang miskin : RM1,200.
Info : Bantuan STR 2026 akan dikreditkan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran yang akan diumumkan. Bagi bantuan SARA, bayaran akan dikreditkan ke dalam mykad setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2026.
Untuk semakan bayaran, kemaskini maklumat dan daftar baru sila layari laman portal rasmi bantuan :
SOALAN LAZIM
Jika saya penerima STR pada tahun ini adakah perlu untuk daftar baru bagi dapatkan bayaran pada tahun 2026?
Jawapan : Tidak, kerana pendaftaran baru hanya untuk bukan penerima STR sahaja namun anda hanya perlu kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan.
Adakah kategori bujang hanya akan terima bayaran bantuan SARA sahaja pada tahun 2026?
Jawapan : Benar, kategori bujang akan terima bayaran SARA sahaj pada tahun depan dengan kadar kredit RM50 setiap bulan.
Apa perlu untuk kemukakan permohonan bagi mendapatkan bantuan SARA pada tahun hadapan?
Jawapan : Tidak pelu kerana SARA diberikan secara automatik berdasarkan maklumat STR.
PENUTUP & LEBIH INFO
Banyak lagi program bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi menangani dan meringankan beban kos sara hidup rakyat. Bagi yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai bantuan yang ada dan sesuai untuk didapatkan RUJUK SINI untuk lebih panduan.
The post Permohonan Baru STR 2026 Dibuka! Bujang Terima SARA RM600 appeared first on CARIANTERBARU.