BANTUANLZSSelangorZAKAT

Penyediaan Bantuan Zakat Selangor Untuk Yang Berkeperluan

Penyediaan Bantuan Zakat Selangor kepada golongan yang berkeperluan dan terjejas terutama penduduk di negeri Selangor. Ramai yang tidak tahu kerajaan negeri Selangor telah menyediakan bermacam program bantuan yang boleh dimohon.

PENYEDIAAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengalu-alukan mereka yang terjejas dan korang berkemampuan untuk memohon bantuan yang ditawarkan. Bantuan zakat sangat penting yang merupakan inisiatif bagi meringankan beban kos sara hidup kumpulan sasar asnaf di Selangor.

Pelbagai inisiatif disediakan seperti bantuan one-off, bulanan, pendidikan, perubatan, perniagaan dan perumahan kepada yang memerlukan. Penyediakan pelbagai inisiatif ini boleh dimohon sepanjang tahun selagi menepati syarat yang ditetapkan.

Sehingga tahun ini ramai yang telah berjaya memohon dan menerima bayaran bantuan dari pihak zakat Selangor. Bagi mereka yang memerlukan, jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan yang ditawarkan bersesuaian dengan kelayakan anda.

SENARAI BANTUAN ZAKAT SELANGOR YANG BOLEH DIMOHON

Pihak Lembaga Zakat Selangor sediakan jenis-jenis bantuan yang boleh dimohon oleh orang ramai seperti dibawah :

  • Bantuan kewangan bulanan : Insentif tunai untuk perbelanjaan harian (sasaran golongan asnaf)
  • Bantuan perubatan : Insentif kos rawatan kesihatan dan ubat-ubatan (sasaran golongan kurang berkemampuan yang perlu rawatan)
  • Bantuan pendidikan : Inisiatif seperti yuran sekolah dan universiti (sasaran pelajar cemerlang dari golongan asnaf)
  • Bantuan perumahan : Inisiatif sewa rumah atau bina rumah (sasaran keluarga miskin yang tiada rumah)
  • Bantuan perniagaan : Modal niaga dan latihan keusahawanan (sasaran asnaf yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan)
  • Bantuan musibah : Insentif kecemasan akibat bencana / kebakaran (sasaran mangsa bencana dari golongan asnaf).

Sebelum permohonan dikemukakan, anda perlu menepati syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan :

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Selangor
  2. Pemohon adalah berstatus asnaf seperti fakir miskin atau berada dalam kelompok memerlukan mengikut kriteria LZS
  3. Mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut jenis bantuan yang dimohon.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian sepanjang tahun. Panduan daftar telah disediakan sebagai rujukan seperti dibawah :

  1. Layari laman portal rasmi LZS diĀ https://www.zakatselangor.com.my/
  2. Di laman utama, sila pilih jenis bantuan yang bersesuaian untuk dimohon
  3. Isi borang permohonan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Muat naik dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan berkaitan
  5. Hantar borang dan tunggu keputusan.

Nota : Jika permohonan diluluskan, anda akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan bantuan akan disalurkan pada tarikh yang diberitahu.

SOALAN LAZIM

Jika permohonan ditolak, bagaimana untuk membuat rayuan?

Jawapan : Anda boleh mengisi borang rayuan dan kemukakan semula dokumen sokongan tambahan bagi menyokong pemohonan rayuan.

Adakah bantuan zakat ini hanya boleh dimohon oleh penduduk Selangor sahaja?

Jawapan : Ya, untuk penduduk negeri lain anda boleh memohon melalui zakat negeri masing-masing.

Saya dari golongan B40 adakah saya layak untuk memohon?

Jawapan : Jika anda dalam keadaan terjejas atau memerlukan boleh cuba kemukakan, namun bantuan zakat diberikan keutamaan kepada golongan asnaf dan miskin tegar.

Untuk semakan status permohonan dan butiran bantuan zakat perlu hubungi siapa?

Jawapan : Bagi anda yang ingin membuat semakan status atau butiran lanjut berkenaan bantuan, anda boleh hubungi talian khas LZS di 1-300-88-4343 pada waktu bekerja.

PENUTUP & LEBIH INFO

Banyak lagi kemudahan dan inisiatif yang ada sepanjang tahun yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkanĀ RUJUK SINI untuk lebih informasi.

The post Penyediaan Bantuan Zakat Selangor Untuk Yang Berkeperluan appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button