BANTUANBantuan KewanganSARA

Pengkreditan Bayaran Bantuan SARA Bagi Bulan Julai 2025

Pengkreditan bayaran bantuan SARA bagi bulan Julai diteruskan dengan kadar antara RM50 hingga RM200 ke dalam MyKad penerima. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya dalam kategori bujang, isi rumah, dan warga emas.

Program Sumbangan Asas Rahmah ini menyediakan sokongan kewangan yang amat diperlukan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat.

PENGKREDITAN BAYARAN BANTUAN SARA JULAI

Kerajaan telah melaksanakan program Sumbangan Asas Rahmah sepanjang tahun ini, bantuan disalurkan setiap bulan. Bermula April sehingga Disember 2025, kategori bukan miskin dan B40 juga akan layak menerima bayaran bantuan.

Penerima bantuan SARA ini terdiri daripada individu dalam kategori bujang, isi rumah, serta warga emas. Mereka yang layak boleh mengakses manfaat sumbangan ini untuk memastikan kelangsungan hidup serta memenuhi keperluan harian.

Sumbangan ini dilihat sebagai langkah positif dalam membantu golongan yang terkesan dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Setiap penerima mempunyai pelbagai pilihan dalam penggunaan amaun bantuan untuk tujuan peribadi. Mereka boleh menggunakan sumbangan ini untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar yang terdapat di seluruh negara.

Dengan cara ini, bantuan ini bukan sahaja membantu membantu keperluan harian, tetapi juga menjamin akses kepada produk dan perkhidmatan yang berkualiti bagi penduduk. Pengkreditan bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungan mereka yang terlibat.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA MENGIKUT KATEGORI BULAN JULAI

Sebagai panduan berikut disediakan butiran kadar bayaran bantuan SARA mengikut kategori bagi bulai Julai ini ;

  • Kategori isi rumah : RM200 (miskin) dan RM100 (B40)
  • Kategori warga emas : RM150 (miskin) dan RM50 (B40)
  • kategori bujang : RM50 (miskin) dan RM 0 (B40).

Bayaran bantuan SARA ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Mykad setiap penerima pada minggu pertama awal bulan Julai 2025.

DAFTAR & SEMAKAN STATUS PENGKREDITAN BANTUAN SARA

Sekiranya anda merupakan penerima bantuan kerajaan (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berkelayakan untuk membuat semakan status SARA. Untuk cek sama ada layak atau tidak, sila semak di laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini bagi mengurangkan beban penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai panduan rujukan.

The post Pengkreditan Bayaran Bantuan SARA Bagi Bulan Julai 2025 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button