KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Sebahagian Dana KWSP Melalui Akaun Sejahtera

Pengeluaran Sebahagian Dana KWSP melalui akaun sejahtera atau akaun 2 dibenarkan kepada ahli berumur 55 tahun kebawah. Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menyediakan banyak kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada pencarum.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN DANA KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah lagi akaun yang dikenali sebagai akaun ketiga. Bermula pertengahan tahun ini KWSP telah menstrukturkan semula akaun kepada persaraan, sejahtera dan fleksibel.

Untuk pengetahuan umum, sebenarnya ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian amaun melalui akaun sejahtera untuk tujuan tertentu. Kemudahan ini disediakan bagi membantu dan memberi manfaat kepada setiap ahli KWSP.

Terdapat beberapa faktor dan jenis pengeluaran yang dibenarkan melalui simpanan akaun kedua ahli. Di bawah dikongsikan senarai jenis pengeluaran yang boleh dibuat menerusi akaun sejahtera pada tahun ini.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP PERUMAHAN

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari akaun sejahtera untuk tujuan perumahan. Ahli yang ingin membeli rumah dan mambayaran ansuran bulanan boleh mohon pengeluaran secara sebahagian.

Jenis rumah kediaman yang dibenarkan seperti teres/ banglo/ berkembar/ apartmen/ town house atau rumah kedai. Kemudahan ini bertujuan membantu para pencarum KWSP bagi merancang waktu persaraan yang selesa dan rumah merupakan aset penting untuk individu.

PENGELUARAN KWSP KOS PERUBATAN & PENDIDIKAN

Sebagai langkah berjaga-jaga, KWSP juga menyediakan kemudahan pengeluaran bagi membiayai kos rawatan perubatan. Ahli yang menghadapi masalah kesihatan, pengeluaran sebahagian dibenarkan melalui akaun sejahtera.

Bagi kategori pengeluaran untuk tujuan pendidikan, ahli dan pasangan atau anak-anak layak untuk permohonan melalui akaun sejahtera. Antara kos yang boleh dibiayai kategori pengeluaran ini adalah seperti :

  • Sebarang yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian atau pinjaman
  • Kos penerbangan sehala bagi pelajar tahun pertam yang belajar di luar negara
  • Yuran penginapan dan asrama.

PANDUAN MOHON PENGELUARAN KWSP

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tahun ini. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

Terdapat banyak lagi jenis kemudahan yang disediakan oleh KWSP pada tahun ini yang boleh dirujuk di halaman rasmi tersebut.

The post Pengeluaran Sebahagian Dana KWSP Melalui Akaun Sejahtera appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button